Jumaat, 22 Julai 2011

Epik Baharu Di Sana, belum akhir...

Sudah lama diku pulang dan kini kembali dengan satu posting. Mungkin ada yang tertunggu-tunggu kehadiran aku. Sebenarnya, aku mencari kehidupan abadi setelah tamat belajar di kota pesat. Kini aku berada di Pulau Pinang sambil mencari keterampilan ayat-ayat terperinci yang memungkinkan aku berfikir tentang dunia dan segala kewujudan. Mungkin ini adalah kali terkahir kita bertemu di blog ini, karya-karya posting dahulu sudah aku padamkan. Hanya yang tertinggal beberapa judul posting yang aku rasa sesuai untuk dikekalkan di sini. Mungkin posting ini memberi aku maksud tersirat akan kehidupan silam dan kini.

Aku sudah mula membina kehidupan di kampung halamanku di Pulau Pinang, dan mula mencari keindahan dan rezeki di sana.

Sambil-sambil itu juga menulis di waktu yang hampir kesenangan sekitar jam yang berputar. Bumi yang menjadi sakti ketenangan dan pencarian.

Laman ini akan dinoktahkan disini sahaja, kepada pembaca setia ... anda mungkin akan tercari di mana hilangnya diku? Aku berpindah ke sebuah laman yang berbunga. Bunga Raya namanya. Aku akan mulakan satu kehidupan baharu di sana. Akan pastikan ramai anak bangsa di negara ini akan lebih menghargai kewujudannya sambil menatap ceritera abadi.

Kepada mereka yang senantiasa jejaki laman ini, selamat tinggal dan jumpa diku di seberang sana di dalam sebuah kehidupan baharu.

"Terpancar sinar, janganlah tutup mata,
bukalah jiwa serapkan sinarnya,
dengarlah suaramu di dalam dada,
maka mata itu akan kembali memantul
sinarnya pada mereka".

Salam, S.Tuahada. Aku ke sana bukan meninggalkan sini, kerna aku diberi amanat dunia untuk melaksanakan dunia ini dengan sempurna sebelum kedatanganya sia-sia mengeringkan dedaun yang tak dijaga.

0 ulasan: