Ahad, 2010 Februari 28

PeTA ASWARA


BILA AKAN SIAP?

TIGA TAHUN sudah hampir membuka pintu sebelum aku melangkah. Tapi, malangnya pintu terakhir ini memang sukar untuk dibuka. Terlalu banyak kunci untuk dipegang. Tiada siapa tahu perasaan ini melainkan mereka yang berada dalam vakum ini. Berjalan dari pagi ke petang mencari idola idea, membuka tirai minda dan menggaru kepala sambil memikirkan apakah HARAMNYA sekuntum Bunga Raya yang mencabuli hak aku seorang Rakyat Malaysia untuk menyiapkan Diploma Penulisan Khusus dalam menulis skrip Filem. Pelajar di kolej dan universiti lain nak menyiapkan tahap diploma bagaikan memakai seluar dalam dan mencucinya. Ini di ASWARA, nak pakai tak nak pakai nak pakai tak nak pakai. Kalau pakai, perlu selalu memakainya. Tapi, perlu tahu juga saiznya. Kolej lain, kawan kawan aku semuanya graduate dengan senang itupun tahap diploma. Bayar duit habis cerita, tak yah nak menulis tebal tebal. Di ASWARA memang kualiti Diplomanya. Tahap diploma yang profesional dan sukar nak dibandingkan dengan universiti lain.

BUNGA RAYA menghantui jiwa. Tak aman sehingga aku siapkannya. Bila lagi kalau tak sekarang???
Tok Budah, Raya Zainal, Alysia, Bunga Zainal... itu saja watak yg ada dalam PeTA...
BAGAIMANA CARANYA...TUHAN beri aku satu cahaya dapatan.
MENGAPA PERLU AKU BERSUSAH-SUSAH sedangkan aku boleh buat cerita biasa saja...takat nak lulus.

kata penyelia En.Jef, kalau belajar 3 tahun di ASWARA , sampai PeTA lah time pelajar perlu aplikasikan segala kreativitinya untuk buat sesuatu yang gempak. Kalau biasa, budak IPTA dan Kolej lain pun boleh buat. PeTA lah time kita benar benar diuji sebelum layak ke pasaran seni!

1 ulasan:

czuka @ someboy berkata...

good luck PeTA..

GAMBAR KOLEKSI S.TUAHADA

Bersama artis Amy Mastura di RedBox Ria Sogo, Kuala Lumpur sempena ulang tahun Suria Fm 2008.

Bersama artis Amy Mastura di RedBox Ria Sogo, Kuala Lumpur sempena ulang tahun Suria Fm 2008.
Amy Mastura

High School Musical at Bukit Jalil 2008.

High School Musical at Bukit Jalil 2008.
High School Musical

S.Tuahada bersama Jenglot dalam Filem Seram Gentayangan. Pengambaran di Muar.

S.Tuahada bersama Jenglot dalam Filem Seram Gentayangan. Pengambaran di Muar.

M.F Kencana Bersama Jenglot Filem Gentayangan.

M.F Kencana Bersama Jenglot Filem Gentayangan.

Bersama Pn.Nisah di dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Bersama Pn.Nisah di dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

BERSAMA ARTIS DI RTM RADIO

BERSAMA ARTIS DI RTM RADIO

Dalam seratus tahun kita bercinta, namun kekurangan cinta tetap dihina. Mampukah Malaysia lenyap dengan kekuatan asap rokok? Marilah kita renung bersama.

SULAMAN WAJAH PADA MATA.

SULAMAN WAJAH PADA MATA.

Recent Comments