
PUISI 1MALAYSIA
Selama 3 hari 2 malam mengadiri Perkampungan Penulis 1Malaysia, namun apa yang dilihat ramai peserta yang tidak mampan dalam menulis. Sekelompok ialah peserta tingkatan 6 atas yang bakal berhadapan dengan STPM terdesak untuk datang ke bengkel 3 hari 2 malam ini, apa hasilnya? Tidak ada karya yang lontar, dan apa yang mampu dicoret ialah mata lelaki dan mata perempuan saling mengenal wajah. Tumpuan GAPENA ialah untuk berkumpul bersama penulis mampan dan menulis 2 buah puisi 1Malaysia dan kemudian diantologikan sebuah buku puisi 1Malaysia. Memang itu hasrat mereka, tetapi apa yang sekadar mampu, penulis veteran, mampan, muda dan bukan penulis turut menyumbang jasa dan karya. Harap-harap buku antologi ini berjaya diterbitkan dan bukan sia-sia dibayar honorium RM100 kepada peserta kerana berjaya menulis 2 buah puisi. Antara 2 buah puisi saya yang berjaya dilontarkan suara kepada generasi muda ialah DALCA BULLAHFIDAH & SUARA SIAPAKAH ITU? DALCA BULLAHFIDAH berjaya dideklamasikan saya ketika malam persembahan peserta.
© DALCA BULLAHFIDAH
S.Tuahada
Banduan alam memerhati,
meneguk air simpati,
demi manusia, bangsa, dan
rasa lidah,
atas bicara.
Banduan alam berbicara,
seorang gadis bernama Bullahfidah
tampil bersama dari masa depan
mencari resepi dalca untuk keluarga,
tomato, ubi kentang, lobak putih dan
hasil khazanah alam sebati,
digugurkan dari pohon sejati,
ditempatkan di lorong rasa penuh inti pati.
Banduan alam bersuara,
"Engkau gugurkan khazanah alam untuk rasa,
kepada perut yang lapar, dan
kepada yang samsara,
pastinya restu mengisi rohani dalam keluarga,
dia sekali lagi ingin merasai masakan dalca dalam mimpi
penuh perjalanan indah,
menuju masa 2057,
Bullahfidah berbicara bersama kita melalui medium satu suara,
sambil merasai masakan dalca.
-S.Tuahada-
PP1M/09/7.12pm/Kubur/1-8-2/31oct
_________________________________________________________________________
© SUARA SIAPAKAH ITU?
S.Tuahada
Aku buta warna
tidak buta baca,
Aku tahu mengukir kayu hitam, dan
mengecatnya putih.
Aku buta warna
tidak aku buta ilmu,
aku tidak bezakan manusia lain atau
insan setaraf denganku, mereka insan kurang upaya.
Aku buta warna
tidak buta seni,
Aku tahu menghalusi potret, mewarnai jalur, bintang, dan
bulan Malaysia,
lebih dari itu,
warna pelangi kugemari
ingin kusatukan sebati kerana satu yang kumiliki,
suara-suara perpaduan,
manusia masa depan yang senantiasa menemani perjalanan
hidupku ini.
-S.Tuahada-
PP1M/09/7.45pm/Kubur/1-8-2/31oct
Sekitar kawasan Biro Tata Negara ditanam pokok bunga Melur dan Bunga Raya yang menjadi sahabat karib mereka semua. Di belakang kawasan ialah kubur cina, mereka juga manusia dulu yang berjuang untuk negara. Namun masa tidak mengizinkan mereka untuk kembali, tetapi roh-roh itu masih wujud sehingga kini melihat manusia masa depan berbicara dalam diam.
__________________________________________________________________________
NOVEL SAMBUNGAN 'MAYFILIA' BAB 2 AKAN DITERUSKAN PADA 7 NOVEMBER 2009. KITA AKAN LIHAT SIAPA ITU Mama, kawasan Sricsowalia, Burung Kestavillia, dan diri siapakah sebenar Mayfilia? dan tahun apakah itu 5 Mei 2055? Ikuti sambungan akan datang BAB 2 permulaan hidup Mayfilia sebelum dirinya menjauhi manusia bersama burung jagaannya Burung Kestavillia. Sambungan jumaat ini, jam 2 petang!
Siaran novel ini akan diteruskan sehingga keputusan Hadiah Sako diumumkan. Moga restu watak-watak dalam novel ini, dapat aku melangkah gerbang sastera walaupun menerima penghargaan Sako 3 andai tidak aku menang.



0 ulasan:
Catat Ulasan