
3
ANGIN warna kegelapan tidak dapat aku lihat.
Halimunan bertiup dari luar jendela secara lembut
menyentuh bahagian badan aku. Aku seterusnya mengelip mata
secara perlahan-lahan di hadapan penonton. Penonton
ketika itu sedang menghayati pemidato yang sedang berhujah namun
tidak sesekali aku menjadi perhatian mereka lagi. Aku kesunyian dan
ingin pulang ke kampung halaman. Aku merindui sahabat-sahabat
seperjuangan aku yang senantiasa menolong penduduk persekitaran
yang tinggal bersama untuk hidup memperjuangkan diri mereka
dalam kehidupan. Aku menunggu Mama untuk membawa aku pulang
ke kampung halaman namun masih tidak muncul di hadapan aku.
Aku tetap menunggu dalam kesabaran. Sementara menunggu Mama,
aku memerhati lagi aksi kasih sayang lin dan Zin yang membuatkan
aku terpesona dalam jiwa kerana hanya mereka berdua sedar akan
kewujudan aku semasa berlangsungnya pertandingan tadi.
Aku seterusnya menumpu pandangan dalaman apabila Zin
mengeluarkan sesuatu dalam beg sekolahnya. Pen berselaputi
perak dapat aku lihat di dalamnya. Zin rupa-rupanya seorang yang
menghargai sesuatu. Pen yang dikeluarkan itu mempunyai sebuah
rumah yang senantiasa dijaga rapi. Dia kemudian mencatat sesuatu
pada kertas kajang. Tulisannya yang kemas telah menyenangkan jiwa
aku untuk melihat dengan lebih jelas apa yang ditulisnya bersama lin.
Aku melihat sepuluh digit dan e-mel yang saling bertukaran sesama
mereka setelah selesainya majlis. Setelah itu, Zin masukkan pennya ke
dalam sebuah kotak yang cantik. Aku melihat bahawa hidup sebagai
manusia bukannya susah jikalau seseorang itu ingin menyalakan pelita
yang tiada minyak tanah.
Mereka bebas melakukan apa-apa perkara semenjak Worawari
mula wujud dalam setiap cahaya yang tiada iman untuk bersabar,
cahaya yang tiada jalan untuk berjalan dan cahaya yang tiada tiang
untuk digantung; memberi seluruh jalan gelap dipimpin oleh undang
23
MAYFILIA...
undang kegelapan. Walau bagaimanapun, ada segelintir mereka yang
bebas malakukan perbuatan tanpa berlandaskan pada undang-undang
yang ditetapkan sehingga memudaratkan mereka yang lain setelah
sekian lamanya mengikuti undang-undang kecerahan. Semua ini
berlaku dalam sekelip mata apabila mereka bangun dari lelapan mata.
Mereka akan bergerak sepertimana aku bergerak seiringi dengan corak
hidup aku. Dalam pada itu, aku juga merasa hairan atas kewajiban aku
yang diserah sejak dahulu lagi untuk melakukan tanggungjawab setiap
hari demi mereka yang aku cintai. Mereka tidak sesekali pun diberi
sedikit penghargaan daripada nenek moyang aku yang melahirkan diri
aku yang sebenar.
Nenek moyang aku sehingga kini masih menunggu saat-saat
yang paling manis untuk mendapat pengiktirafan daripada mereka.
Mereka menjalinkan persahabatan baharu, aku tetap menjalinkan
persahabatan baharu hari ini namun sesuatu yang bermain dalam
fikiran ialah sehingga bila aku dapat menjadi sahabat rapat kepada
seseorang yang benar-benar memahami hidup aku ini. Aku risau, aku
ingin mencari pelita dalam hidup dan bukannya mutiara kerana pelita
hanya satu dan tiada yang palsu. Tidak ada mutiara palsu yang dapat
aku temui melainkan diri aku sendiri mengambil masa sebagai penawar
dan belajar dalam persekitaran aku ini untuk memalsukan kewujudan
sahabat aku. Aku lebih baik mengambil masa yang lama untuk belajar
bersama sahabat aku, dan akan biarkan mereka lebih tersesak di langit
bulat.
“Cantiknya kotak kamu itu. Dari mana kamu membelinya?”
“Ibu saya yang beli.”
“Boleh pesan, saya hendak beli juga?”
“Bukan sekarang, mungkin tahun hadapan. Lebih-lebih lagi,
tahun ini ialah tahun peperiksaan saya.”
“Semoga berjaya, Zin”
“Sama-sama. Kamu juga. Peperiksaan kamu tahun hadapan.”
“Terima kasih kerana mengingatkan saya. Jadi, bagaimana
persediaan kamu untuk menghadapi peperiksaan yang bakal tiba?”
“Persediaan? Saya tidak memerlukan persediaan jikalau kita
senantiasa mengikuti perkembangan pembelajaran dalam kelas.”
“Betul?”
“Betul, ini merupakan kunci apabila seseorang melanjutkan
pelajaran di tingkatan enam.”
“Baiklah, saya akan mencipta kunci kamu.”
“Kalau macam itu, saya harap kita dapat berjumpa lagi pada
masa akan datang dan mengikuti perkembangan masing-masing.”
24
MAYFILIA...
“Baiklah, guru kamu sudah sampai?”
“Sudah, cuma saya ingin meluangkan sedikit masa bersama
kamu. Rasa rindu dan sukar untuk beredar setelah kita berkenalan.”
Zin senyum lagi.
Aku yakin persahabatan mereka pasti berkekalan sehingga aku
tumbuh membesar bersama sahabat aku di kampung. Persahabatan
aku dan sahabat seperjuangan aku adalah sama dengan Zin dan lin.
Persahabatan kami senantiasa terjalin kerana aku dilayan dengan penuh
kasih sayang daripada Mama. Aku masih tidak sepenuhnya memahami
segala yang sedang berlaku di hadapan persekitaran pandangan aku.
Aku akan berusaha membesar dan mendalami sahabat-sahabat yang
tinggal bersama aku. Namun begitu, aku mula melangkah dalam dunia
yang sesekali membuatkan aku berfikir sejenak dalam jiwa sang suria.
Tiadanya, maka dunia ini akan kegelapan dan mestikah aku diberi
cahaya kerana aku hanya sekecil nafsu yang masih tidak mengetahui
arah hidup.
Tercetusnya perasaan yang menghantui jiwa di mana suatu hari
nanti aku mungkin jatuh kesakitan dan tidak berdaya lagi untuk hidup
bersama sahabat seperjuangan dan sahabat Mama. Perasaan ini muncul
secara tiba-tiba apabila aku mengimbas kembali awan-awan yang
berterbangan mengabusi pandangan mata aku ketika melayangkan
kertas tisu. Aku tidak pasti awan-awan berterbangan itu merupakan
sesuatu yang indah atau sebaliknya. Aku pernah melihat awan yang
tersadai di pucuk langit dunia dan aku juga pernah bergembira bersama
awan yang bermain-main bersama sahabat aku ketika waktu bangun
dari alam mimpi. Setiap suasana yang aku merasai jauh berbeza dengan
aku merasainya pada hari ini. Aku ingin mendalami secara perlahanlahan.
Aku ingin bersama dengan Mama sebaik sahaja pulang ke
kampung halaman. Hidup aku merupakan sesuatu yang indah dalam
dakapan wajah Mama. Mama membuatkan aku memahami sesama
sendiri dalam hitungan hari-hari. Aku seringkali tertanya-tannya dalam
hidup untuk memahami persekitaran yang semakin luas terbenam
bersama sejarah.
Mengapa aku dilahirkan?, jawapannya, aku ditakdirkan untuk
bersama Mama dan kawan-kawannya. Aku dijadikan anak angkat
kerana aku dapat mempesonakan hati mereka yang mengalir darah.
Tangan aku masih lembut dengan kasih sayang, mungkin hanya itulah
mereka mengenang jasa apabila aku menghulurkan bunga. Namun
begitu, aku tetap merasai kekurangan dalam hidup. Aku ingin bebas
25
MAYFILIA...
dan pulang ke pangkuan keluarga induk aku. Segala impian yang
diimpi-impikan mungkin menjadi kenyataan atau sebaliknya. Impian
aku untuk pulang tetap menjadi satu persoalan yang besar dalam hidup
aku. Setelah aku dijadikan anak angkat, hidup aku mula bergantung
kepada Mama. Aku tetap gembira atas segala-galanya yang telah
dicurahkan kepada aku dalam kesunyian. Mama memendamkan segala
kesunyian aku dengan memperkenalkan sahabat-sahabat baru kepada
aku di sekitar kampungnya.
Sehingga hari ini, aku tetap senyum kerana hidup baru aku
diberi bersama sahabat-sahabat yang sudi menemani aku sepanjang
malam. Namun, aku kelihatan anggun dan bukannya ungun api yang
membara. Di sudut luaran, aku senantiasa menghulurkan warna aku
kepada Mama. Sebaliknya dari sudut dalaman, tetap mencari persoalan
yang sedang bergelora dalam jiwa aku semalaman menikmati embunembun
yang semakin hilang apabila sang suria bertakhta di hadapan
jendela.
“Itu pun dia Mama!” Aku gembira melihat dia. Aku melambailambai
tangan dan dia berjalan menuju ke arah aku.
“Yeah! Yeah!” Teman seperjuangan bersebelahan menemani aku
sepanjang pertandingan tadi. Dia turut bergembira dengan kehadiran
Mama untuk membawa aku pulang.
“Jasmine, aku pulang dulu ya! Jaga diri baik-baik tahu. Lebihlebih
lagi jangan sesekali menyakiti hati tuan kamu itu. Kalau menyakiti
mereka, mewangi kita akan berkurangan.”
“Baiklah, kamu juga. Ingat, senantiasa menjalankan kewajiban
kita seharian tahu. Mama kamu masih jauh di sana.”
“Aku akan senantiasa mengingati pesanan kamu dalam
hidup aku. Bukankah pesanan itu juga telah menjadi kebiasaan kita?
Sementara tunggu Mama, kita berbual dulu.”
“Baik, kamu untung berpeluang bersama dengan Mama
kamu.”
“Ya, memang benar kata kamu itu. Sejak aku dilahirkan, Mama
telah membawa aku dan melindungi sahabat aku dengan penuh kasih
sayang. Aku sungguh terharu.”
“Oh begitu, jadi kamu masih baharu di tanah air. Kamu generasi
ke berapa?”
“Aku generasi yang empat kalau aku tidak lupa. Ini kerana
Mama sedang
mengandung. Jadi, aku satu-satunya dalam keluarga untuk
melaksanakan kewajiban melindungi bayi yang bakal lahir itu.” Aku
sambil mengusik jejari aku yang gatal-gatal kerana kehadiran seekor
26
MAYFILIA...
semut. Sementara itu, Mama sedang bercakap dengan seseorang yang
sedang memberinya sejumlah wang.
“Jadi, kita bakal mempunyai sahabat baru nanti.”
“Betul kata kamu! Sudah hampir sembilan bulan Mama
mengandung.”
Dari jauh, aku lihat sesuatu yang membuatkan diri aku berfikir.
Wang yang dihulurkan itu mungkin titik peluh aku bekerja untuk
Mama. Aku terkaku.
“Puan Mizlena, terima kasih kerana sudi hidupkan dewan ini
dengan hiasan dalaman yang sungguh menarik pandangan mata tadi.”
“Sama-sama, ini kerja saya. Jadi, jikalau pada masa hadapan
Encik Kameri perlukan pertolongan lagi, atau ada kawan-kawan yang
ingin membeli bolehlah datang ke kedai saya nanti.”
“Baiklah Puan Mizlena, saya akan menghubungi kamu jika ada
pertempahan. Lebih-lebih lagi hari kekasih bakal menjelang.”
“Oh ya, jangan lupa kirim salam saya kepada suami kamu. Ini
cek yang berjumlah Ringgit Malaysia empat ratus sahaja.”
“Terima kasih Encik Kameri.” Mama berjabat tangan dengan
Encik Kameri menandakan suatu urusniaga telah pun dilaksanakan.
Aku dapat melihat senyuman wajah Mama meriah. Saat ini merupakan
saat yang sesuai untuk Mama membeli makanan kepada aku dan
menghiasi aku dengan pelbagai corak yang akan dilukisnya di atas
badan aku nanti. Mama berjalan menghampiri aku.
“Baiklah Jasmine, aku pulang dulu. Selamat tinggal dan selamat
berkenalan dengan kamu hari ini. Kalau kamu senang, singgah sebentar
di rumah aku tahu!”
“Baiklah. Tapi, aku tidak ada pengakutan. Tengoklah nanti.
Akan aku singgah.”
“Sayang, bagaimana keadaan kamu hari ini, kamu sejuk?
Dapat kamu menyesuaikan diri kamu dengan sahabat yang
berada di tepi kamu? Mereka ada memberi kamu minuman pagi?”
Mama berbisik-bisik kepada aku yang telah diselaputi lapisan awan
buatan.
“Mama! Aku sedih, badan aku gatal-gatal. Aku ingin pulang
dan mandi.”
“Kesiannya kamu hari ini, pertama kali kamu menghadapi dunia
luar. Tengok badan kamu, kotor dan berhabuk pula…
Bernafas sebentar.
…hiezzz! Angkara siapa yang cederakan anak saya ini?”
Tertanya dalam minda Mama. Jarinya menyentuh aku dengan lembut
Bernafas lagi.
27
MAYFILIA...
“Jikalau saya dapat tangkap orang yang cederakan badan anak
saya, sudah pastinya saya akan cucuk badan mereka dengan duri pokok
bunga mawar putih di sebelah itu.”
Bernafas dan bernafas lagi.
Mama mengangkat aku. Aku masuk dalam kereta. Jasmine
mula menyentuh perasaan jiwa aku tadi. Aku tidak kesampaian
meninggalkan sahabat baharu ini namun aku mesti pulang ke rumah
kerana masih mempunyai banyak kewajiban yang belum dilaksanakan
lagi.
lin gembira kerana dapat berkenalan dengan kawan baharunya.
Masa pun tiba, setiap permulaan pasti ada penghujungnya. Zin pun
meneruskan kata-kata akhir sebelum menuju kereta gurunya. lin
yang seakan-akan tertarik dengan keikhlasan Zin dalam menjalin
persahabatan baharu sehingga tidak dapat bersuara. Hanya hati dan
jiwa perasaan yang bersuara masih bergelora untuk mandi dalam
inti mindanya tetapi sukar untuk diluahkan kata-kata dengan penuh
perasaan untuk menghargai persahabatan. Zin walaupun tidak dapat
merasai perasaan itu melalui kata-kata lin namun dia dapat merasainya
melalui intipati jiwa dan perasaan yang menyentuh melalui pandangan
bebola mata perang lin yang mempesona terukir dalam dakapan jendela
cinta.
“lin…” Intonasi nada rendah.
“Ya, kenapa dengan kamu? Kamu ini seakan-akan sedang
bermimpi saya lagi?”
“Tidaklah. Saya bukannya mimpi, cuma…”
“Cuma apa Zin?”
“Emmmm, tiada apa-apa. Keberatan untuk tinggalkan kamu
sahaja.”
“Jangan risau Zin! Saya akan senantiasa menyokong kamu
dalam hidup. Walaupun susahnya kamu menghadapi cabaran hidup ini,
sebagai kawan baharu tetap menjadi kewajiban untuk saya menghargai
kamu. Saya tetap dan tetap akan senantiasa memberi semangat dalam
hidup kamu.”
“Terima kasih lin. Terima kasih banyak-banyak atas sokongan
kamu walaupun kita hanya berkenalan hari ini.”
“Tidak menjadi masalah Zin, yang penting persahabatan kita
dirawat dengan keikhlasan hari ke hari. Di sini walaupun saya hanya
berkawan dengan kamu tidak sampai sehari, saya dapat merasai
keikhlasan kamu.”
“Senyum” Manisan gula melekat dibibir Zin.
“Zin, bukankah itu cikgu kamu yang sedang memanggil
28
MAYFILIA...
kamu?”
“Yalah. Terlupa pula sehingga lupakan kehadiran cikgu.”
“Lebih baik kamu pulang sebelum cikgu kamu menolak markah
ujian kamu” senyum lin.
“Kamu suka berguraulah, saya balik ke sekolah dulu ya, guru
saya sedang menunggu lama dalam kereta. Jaga kesihatan kamu!”
“Baiklah Zin, terima kasih kerana dapat berkenalan dengan
kamu hari ni. Kamu juga perlu jaga kesihatan dan kuatkan semangat
kamu menghadapi peperiksaan.” Mereka saling berjabat tangan
melambangkan persahabatan mereka terjalin dengan gembiranya dan
akan senantiasa berhubung pada masa akan datang.
“Usah berterima kasih pula, takdir yang menentukan pertemuan
kita. Seperti kata-kata seorang penulis, Sumantri berkata - Menyerah
kepada takdir itu bukannya bererti menyerah kalah, kerana manusia
ditakdirkan menang. Jadi kerana takdir, di sini kita menuntut
kemenangan dalam menjalinkan sebuah persahabatan baharu dalam
hidup kita. Ingat!”
“Wah! Pandai kamu bercakap juga. Baiklah, terima kasih atas
ayat-ayat kamu tadi. Jaga diri!”
“Baiklah, kamu juga semoga berjaya nanti!”
“Sama-sama” lin memandang ke arah Zin dan mula melangkah
kaki menuju kereta gurunya yang sedang menunggu mereka berdua
habiskan perbualan manis.
“Saya sangat gembira dapat menemui seorang sahabat lelaki
yang begitu sopan dan penuh perasaan ketika saya berborak dengannya
tadi” lin tersenyum madu sambil bersuara dalam kalbu.
Seekor rama-rama yang berterbangan melalui wajah lin yang
ceria dibanjiri cahaya cinta, namun tidak menunjukkan sebarang reaksi.
lin ketika itu tidak sedar kemunculan rama-rama yang berwarna ungu
keputihan berterbangan sekitarnya. Sebelum ini, lin sememangnya
alah dengan rama-rama kerana debunya boleh melunturkan warna
kulit cerah yang telah dikurniakan oleh ibu bapanya. Kulitnya yang
cerah seterusnya mungkin lentur warna menjadi merah sekiranya debudebu
daripada badan sayap warna-warni rama-rama mendarat di atas
liang-liang roma yang senantiasa melindunginya dari kesejukkan. lin
juga berterima kasih dengan adanya pelindungan semula jadi supaya
seluruh badannya tidak perlu takut untuk berhadapan dengan suhu
yang memberansangkan kulitnya untuk bekerja.
lin tidak memerlukan pelindung buatan manusia semata-mata
untuk memberi pelindungan kepada kulitnya yang agak kelihatan
seakan-akan menjadi selera harimau ganas. Namun, lin mungkin
29
MAYFILIA...
memerlukan sepenuh perlindungan daripada kalbu seseorang untuk
menghangatkan jiwanya dari semasa ke samasa. Ini kerana dalam
jiwanya kini telah mengalami kekurangan cahaya yang tidak cukup
untuk membara arang menjadi api sekaligus menghangatkan hidupnya.
Kehangatan yang bakal diterima akan melenyapkan dunia ini daripada
diancam harimau ganas. lin baharu sahaja melelapkan cahayanya yang
silam namun segala-gala yang pernah pendam itu masih muncul dalam
masakannya.
lin masih tidak bersedia untuk masuk ke dapur untuk mulakan
masakan baharunya. Masakannya tidak lagi sesedap dahulu kerana
keinginannya untuk menikmati hidangan pertama mungkin tidak
akan muncul dalam hidupnya. Kemunculan yang diidam-idamkannya
untuk menikmati semula hidangan pertama mungkin hanya berlaku
dalam mimpinya ketika melelapkan mata hitam membulat kasih dan
sayang dari pandangan mata Zin. Segala perasaan terserah kepada aku
untuk menentukan sama ada hidangan kedua yang bakal dimasaknya
nanti dapat memudarkan rasa hidangan pertamanya, sekaligus
lenyap dari permukaan lidah. Hanya minda menjadi nikmat rasa
masakan pertamanya. lin berjalan menghadap sesuatu yang tertarik
pandangannya. Pandangannya menuju ke arah Mama yang sedang
berbual-bual dengan aku. Dia seterusnya memejam mata seketika dan
melihat ke atas langit biru. Membuka mata dan dia berjalan sambil
meletakkan beg di dalam kereta Cikgu Ooi. Beg yang diletaknya
dalam kereta mengingatkan aku ketika Mama mula membawa aku ke
rumahnya. Mama membawa aku sambil memegang beg yang amat
cantik dan bercorak lukisan pantai sehingga sahabat aku dan sahabat
Mama memandang sepanjang perjalanan ke rumah. Saat-saat itu, aku
juga keliru sama ada mereka memandang aku, memandang corak beg
ataupun memandang wajah Mama yang cantik seperti bidadari.
30
BERSAMBUNG....





















0 ulasan:
Catat Ulasan