this site the web

DAFTAR PERCUMA! KLIK DAN DAPAT $100

GAMBAR KOLEKSI S.TUAHADA

อาจถูกดีและความสุข

Loading...
Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics .Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics

NOVEL MAYFILIA - BAB 2


BAB 2 - MAYFILIA


“PESERTA pertandingan dikehendaki mendaftarkan
diri di kaunter pendaftaran. Diminta peserta dari
Sekolah Kebangsaan Sri Pelita memberi kerjasama
dan berhimpun di dalam dewan segera. Peserta pertandingan diingati
supaya bersama guru pengiring dan diminta berada di tempat yang
telah disediakan di hadapan pentas utama.” Kedengaran suara yang
dipancarkan dari gelombang pembesar suara yang terlekat di atas
dinding.

Dapat aku lihat pelajar-pelajar dan guru-guru berjalan lalu
lalang di hadapan aku. Salah seorang daripada pengatur acara sedang
memindah sahabat aku ke tepi pentas kerana terlebih susunan. Hiasan
yang cantik memeriahkan lagi suasana dan menarik perhatian dewan,
sebelum ini dewan tidak dihias.
“Cikgu, di mana saya harus daftar?”
“Di kaunter sebelah kiri.” Cikgunya menunjuk dengan jari ibu.
“Baiklah, saya pergi daftar dulu.”
“Oh, selepas daftar nanti kembali jumpa cikgu. Cikgu bawa
kamu masuk dalam dewan pertandingan. Cepat ya!”
“Baiklah cikgu.” Dia pun berjalan sambil memakai pakaian
seragam sekolahnya yang dilengkapi dengan tali leher yang khas untuk
pelajar perempuan.

Bunga ombak sedang mengejar ikan-ikan di luar dewan yang
tidak akan berhenti seketika walaupun suasana akan mereka gelapkan
dan ribut akan mereka telan. Ribut semakin kencang di luar pintu
bukan sahaja membentuk corak ombak yang memukul sesama sendiri
malah meneruskan perlawanan sehingga mencecah batu-batu besar,
pasir-pasir halus yang tersadai luas di pantai minda sehingga menuju
mencari awan untuk melaporkan kepada pihak atasan. Aku sedar, dalam
kehidupan sebenar, kita harus bermula dengan ombak yang halus dan
meneruskan hidup dengan pukulan angin taufan yang menyakitkan
bahu-bahu sehingga secara tidak langsung sedar dirinya telah sampai

12
MAYFILIA...

di tebing lautan. Penderitaan ombak bunga ini seterusnya menongkah
kesedaran dalam membentuk sebuah keindahan.
Aku dilahirkan untuk menjalankan tanggungjawab besar
bersama rakan-rakan seperjuangan. Aku membesar dalam persekitaran
yang agak mewah kerana aku dijadikan anak angkat dalam sebuah
keluarga yang bahagia. Air mata menitis setiap kali terkenang kembali
kisah silam bersama dengan keluarga aku. Cinta itu suatu kesabaran
yang menitis air mata. Cinta telah membuatkan aku menunggu
dengan penuh harapan sehingga aku mencari dalam kabus-kabus yang
berselindung di hadapan syaitan.

Sehingga hari ini, aku sedar tiada maknanya untuk menitiskan
air mata semata-mata ingin mencari kabus yang hilang. Aku teruskan
perjalanan. Walaupun seteruk mutiara palsu keadaan persekitaran,
mereka juga harus menelan kewujudan kerana mutiara palsu
tetap menyilau pandangan. Jadi, tiada bezanya mereka mengubah
persekitaran kerana aku tetap wujud. Manusia sememangnya begitu
kerana hati mereka lembut dan dinobat menjadi sutera apabila ramarama
mula menjatuhkan sayapnya. Sutera yang dimaksudkan sama
ada membalut mutiara asli atau sebaliknya. Mutiara ini akan melonjak
dalam badan-badan mereka dan menilai keaslian. Walaupun mutiara
palsu yang menjadi milik sebahagian daripada mereka, kilauan yang
diselaputi turut akan memainkan peranan penting dalam kehidupan
seharian.

Aku sedar segala-galanya dalam satu perjalanan, tidak sesedap
untuk dirasa dan tidak terhebat untuk merasakannya. Jikalau sesuatu
menjadi milik kita, berbentuk asal usul keluarga, status, kemewahan
mahupun dalam peribadi, ia tidak memberi makna untuk dikecewakan
semata-mata hanya untuk menunjukkan dirinya mempunyai lebih
daripada apa yang dirasainya. Aku pada mulanya menganggap cinta
itu suatu takdir yang telah ditentukan, malahan tidak sama sekali aku
memandang.

Cinta dalam erti hidup manusia bukannya takdir malah hanya
ujian penderitaan yang memberi keindahan yang disimpul dalam
sampul surat. Di situ, kita akan sedar sesuatu dalam kehidupan. Aku
menggenggam cinta sejak dilahirkan. Cinta ini tidak sesekali aku
mencarinya, tidak aku memikirnya, cinta aku muncul dengan semula
jadi kerana ingin memberi impak besar kepada mereka dalam masa
akan datang. Aku telah berubah kerana lahirnya cinta ini. Penderitaan
mula menemani hidup aku.
“Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan pemidato
seterusnya, Skylina Binti Hidayaat untuk mempersembahkan tajuk

13
MAYFILIA...

pidatonya iaitu ‘Membasmi rasuah teras harapan negara.’ Sebelum
itu, saudari Skylina berasal dari Cheras, Kuala Lumpur. Pengetahuan
sidang dewan, saudari Skylina mendapat pendidikan awal di Sekolah
Menengah Kebangsaan Sri Pelita. Dari segi pencapaian, dia pernah
memenangi tempat kedua dalam pertandingan pidato peringkat zon
sekolah-sekolah. Tanpa melengahkan masa lagi, saudari Skylina
dipersilakan naik ke pentas.” Encik Zulkiffli tepuk tangan, sudah
semestinya menjadi tanggungjawabnya sebagai pembawa majlis.
Skylina berjalan dengan penuh semangat dan menuju ke
pentas. Suasana persekitaran menjadi sunyi. Mata-mata membiru
dalam pancaran lampu neon sehingga mengelip pandangan Skylina
di atas pentas. Suasana ini seterusnya melonjak dan menyemarakkan
lagi debaran hatinya yang mula-mulanya tenang. Ketenangan itu,
darah sedang bergelora dalam jiwa yang bersedia meluahkan segalagala
ilmu yang telah dia membuat persiapan awal seminggu sebelum
tarikh bertanding. Skylina secara perlahan-lahan melangkah kaki ke
atas pentas. Perasaannya mula gementar walaupun pernah menyertai
pertandingan pidato zon sekolah. Perasaan ini mungkin baharu dalam
hidup persekolahannya kerana dia tidak pernah memasuki peringkat
daerah lebih-lebih lagi anjuran Badan Pencegah Rasuah. Skylina
menuju ke arah mikrofon dan menyesuaikan pemegang mikrofon
selaras dengan kedudukan dan ketinggiannya yang hanya dua kali
payung hujan. Dia menenangkan hati sebelum meneruskan hujahnya.
Skylina memandang aku. Aku ketika itu sedang bertugas dalam
dewan pertandingan. Aku secara tidak sedar sedang diperhatikan
oleh salah seorang pelajar yang berminat dengan kecantikan rupa
aku. Sungguh tidak percaya, hari ini aku mendapat perhatian seorang
pelajar dan seorang peserta yang akan berhujah sebentar lagi. Aku
memandang dengan mendalam ke arah pelajar itu. Pelajar itu seolaholah
mempunyai perhubungan kaitan antara aku dan Skylina. Pelajar
itu bukan sahaja memandang aku malah matanya cantik bulat. Pelajar
itu turut menaruh perasaan kepada Skylina yang akan berhujah sebentar
lagi.

Matanya menunjukkan kasih sayang yang mendalam. Bagai
melihat ke arah sang suria yang menyinar Worawari sehingga tidak
dapat melihat bayangan yang muncul di hadapan mata. Aku mula
mendakap perhatian sehingga dapat mendengar suara hati pelajar yang
sedang berdengup jantungnya dan berbisik hatinya.
Ketika itu, Skylina mula menggerakkan bibir mulut. Seiringan
dengan saat berdetik pada jam yang dipegang oleh penjaga masa dalam
pertandingan, aku mula menumpukan sepenuh perhatian kepada

14
MAYFILIA...

pelajar yang sedang memandang ke arah Skylina. Jiwa aku mula
melonjak di hadapan pandangan pelajar itu. Aku memandang ke arah
sesuatu yang terpapar pada baju pelajar itu. Pin yang dikelipkan pada
baju itu seolah-olah menunjukkan pengenalan dirinya di sekolah.
Aku memandang buku yang dipegangnya yang ditulis ‘Pengajian
Perniagaan Tingkatan 6 atas’. Tidak sesekali perhatian pelajar itu
diganggu oleh aku. Aku bijak mengaturkan situasi semasa berhadapan
dengan peristiwa. Aku juga diberi tempat khas untuk menyaksikan
pertandingan. Aku duduk semula.

“Tabahkan hati kekalkan jiwa!” Zinnustaffar bersuara dalam
hati.
“Kamu pasti boleh melakukannya!” Memandang pegun ke arah
Skylina.
Aku tidak sesekali pernah mendengar suara hati seseorang
lelaki yang begitu berperasaan terhadap seseorang walaupun saling
tidak berkenalan. Aku dapat merasai sesuatu yang bakal berlaku di
antara mereka berdua. Aku dapat merasainya kerana aku dilahirkan
untuk lebih memberi daripada menerima.
Skylina memandang ke arah sidang dewan.
“Saya pasti boleh berhujah dengan sebaik yang boleh. Saya
mesti menghabiskan hujah-hujah saya.” Pandang kiri dan kanan
sambil bersuara dalam mindanya.
Kata-kata Skylina menunjukkan dia telah bersedia. Aku
kemudiannya memandang di sisi Zinnustaffar. Aku lihat pelbagai
buku yang dibacanya. Mungkin Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia,
STPM semakin mendebarkan hatinya untuk membuat persediaan
awal. Sebelum aku mengalih pandangan ke arah Skylina, aku sempat
melihat wajah sahabat aku yang muncul dalam sebuah buku yang
dipegang Zinnustaffar. Aku amat gembira kerana dapat melihat wajah
sahabat aku walaupun kami sudah lama berpisah. Sahabat aku bersama
sekeluarga di negaranya. Sahabat aku membuatkan aku terasa rindu
untuk ingin pulang suatu hari nanti.
“Sebelum dedaun memucuk tunas, sebelum saya memulakan
hujah, marilah kita sama-sama menjadi mata dan telinga untuk
merenung sejenak di dalam sidang dewan yang harmoni ini.” Skylina
kemudiannya meneruskan hujah dengan penuh semangat sehingga
tamatlah baris terakhir dengan ayat-ayat murni dan ucapan terima
kasih.
“Ya, memang menjadi pedoman hidup jikalau seseorang itu
tidak berpegang pada agama maka rasuah itu tidak akan dibasmi
malah tetap merebak sehingga hari ini.” Salah satu ayat yang telah aku

15
MAYFILIA...

rakamkan ketika Skylina sedang berhujah tadi.
“Terima kasih saudari Skylina Binti Hidayaat dari Sekolah
Menengah Sri Pelita. Demikianlah sudah pusingan pertama
pertandingan pidato Pra-Universiti. Seterusnya kita akan berehat
selama tiga puluh minit dan dijemput para hadirin untuk menjamu
jamuan ringan yang telah disediakan oleh pihak penyelaras di ruang
makan yang terletak di sebelah kiri dewan utama. Sebelum menjamu
selera, para peserta seterusnya sila berada awal di dalam dewan sepuluh
minit sebelum berlangsungnya pusingan akhir. Terima kasih.” Katakata
Encik Zulkiffli telah membuatkan para hadirin bersedia untuk
merasa warna.

Skylina ketika menunduk kepalanya sebagai tanda penghormatan
terima kasih kepada sidang dewan, matanya tiba-tiba memandang ke
arah aku yang sedang menjiwai di sisi pelajar itu. Skylina mungkin
sesaat terlintas dalam pandangan pelajar itu ketika berhujah. Namun,
mereka masih tidak mengenali sesama sendiri tetapi aku sudah
mengenali mereka terlebih dahulu.

Skylina segera melangkah kaki dan turun dari pentas. Dia
berjalan melalui aku namun tidak sedar akan kehadiran aku yang sedang
memanggil namanya. Dia seterusnya menuju ke tempat duduk yang
khas untuk peserta pertandingan sahaja. Jari jemari Skylina bergerak
lembut mengambil sehelai kertas tisu. Kertas tisu itu seterusnya tidak
sengaja ditiup oleh sahabat aku ketika badannya diselaputi awan buatan
yang mengabusi pandangan mata aku.

Awan-awan keji yang mengalih pandangan aku datangnya dari
sesuatu yang mengeringkan bibir dan memberi rasa manis sambil
menjawab panggilan telefon bimbit. Aku tidak sempat untuk manarik
nafas baharu kerana terlalu ramai yang berpusu-pusu untuk mencari
warna yang dapat mengisi perut mereka. Aku, terpaksa berhenti
seketika lalu menghembusnya dengan kuat. Sejurus kemudian, secara
tidak langsung pelajar itu dengan pantasnya menangkap kertas tisu
yang diterbangkan beberapa saat yang lalu.

“Asssh!...Terbang pula.”
Skylina bersuara dalam hati dan menoleh ke belakang.
“Suuuu…”
Bunyi kertas tisu yang halus sehingga tidak dapat didengar oleh
telinga manusia.
“Ziiiiip…” Tangkapan yang pantas dilakukan oleh pelajar itu.
Pelajar itu menangkap kertas tisu itu penuh lemah gemalai. Aku
tersenyum dengan kelembutan pelajar itu ketika menangkap kertas tisu
tadi.

16
MAYFILIA...

“Ini kertas tisu kamu kan? Rasa-rasanya angin dari luar itu yang
membuatkan kertas tisu kamu bersayap?” Pelajar itu menghulurkan
kertas tisu tadi ke arah Skylina. Pelajar itu tersenyum manis dalam
pandangannya.
“Terima kasih, kertas tisu tidak ada sayap!” Skylina bergurau
sambil membalas senyuman.
“Sama-sama! Persembahan tadi, kamu sungguh bersemangat.
Saudari mewakili dari sekolah mana?” Soal pelajar itu.
“Saya mewakili Sekolah Kebangsaan Sri Pelita.”
“Ohhh…Setahu saya, sekolah yang saudari menuntut ilmu itu
merupakan salah sebuah sekolah terkemuka. Saudari mesti pandai.
Sebelum itu, biar saya kenalkan nama saya, Zinnustaffar. Kawankawan
saya memanggil saya Zin. Selamat berkenalan!” Zin berjabat
tangan dengan Skylina dengan penuh mesra.
Itulah yang diharapkan dalam hati Zin untuk berkenalan dengan
Skylina sejak masuk dewan.
“Saya Skylina, nama saya agak payah untuk menyebutnya
tetapi kebanyakkan kawan-kawan saya memanggil nama saya Skylin.
Ada yang juga memanggil saya SK II, atau lin sahaja.” Gigi susu yang
menonjol dengan senyuman riangnya dengan sebutan nama panggilan
SK II telah menarik lebih perhatian Zin.
Zin seterusnya tidak memandang aku lagi dan menumpu
sepenuh perhatian kepada sahabat baharunya.
“SK II? Pelik nama panggilan kamu. Macam jenama di iklan
televisyen.” Zin ketawakan lin.
“Tidak baik tahu, ketawakan sahabat yang baharu berkenalan.”
Senyuman manja lin mempesona seketika. Aku ketika itu masih dalam
dewan, turut ketawa.
“Betul? Kamu pasti?” Soal Zin dengan secara tiada maknanya
untuk menyoal soalan ini kerana ia semata-mata menghiburkan sesama
sendiri dalam merapatkan lagi persahabatan mereka yang baharu sahaja
terjalin.
“Kamu macam orang tua.” lin gelak.
“Orang tua pernah kata, jikalau kita dapat berkenalan dengan
sahabat baharu maka tugas kita ialah ketawakan dia supaya pada masa
hadapan hubungan persahabatan akan bertambah kukuh. Kamu pernah
dengar nasihat ini?”
“Pernah, saya pernah dengar.”
“Siapa? Oh ya, sebelum itu saya panggil nama kamu lin saja.
Sudi?”
“Kamulah orang tua yang sedang berdepan di hadapan mata

17
MAYFILIA...

saya, sudi kalau kamu tidak ketawa. Boleh, lin pun lin. Jangan jadi
nama saya lilin pula.”
Mereka berdua gelak tanpa pelabuhan di hadapan. Bagaikan
sebuah lagu yang tiada notasi.
“Betulkan! Jadi saya pun ketawakan kamu juga. Seperti yang
orang tua harapkan” Hubungan mereka semakin rapat.
“Jom! Kita pergi makan, sebelum peserta sekolah saya mula
bertanding.” Zin sambil melepaskan kehangatan punggungnya secara
perlahan-lahan di atas benih kerusi.
“Mari kita pergi makan. Saya juga lapar, sejak pagi tadi saya
tidak bersarapan lagi.”
“Kamu tidak bersarapan pagi lagi? Jikalau perut kamu kosong,
entah apa-apa penyakit akan yang muncul nanti.” Zin meluahkan
perasaan kasih sayangnya kepada sahabat baharunya.
“Kamu ini macam doktor. Nanti saya panggil kamu doktor Zin
ya, nanti kamu jadi doktor peribadi saya. Haha…haha..haaa…!” Gelak
lin.
“Janganlah bergurau, kamu sihat?” Mata Zin memandang
secara mendalam.
“Saya sihat! Jangan kamu risau Zin, saya sudah biasa berlaparan.
Pernah saya tidak makan sehari, tetap dapat bertahan. Bulan puasa lagi
tahan, tahu.”
“Puasa itu tidak sama sekali dengan hari ini, hari ini kamu
bertanding. Kamu memerlukan tenaga.” Zin meneruskan kata-kata
ikhlasnya.
“Baiklah doktor! Saya tiada masa untuk bersarapan kerana
terpaksa membuat persediaan awal-awal pagi.” lin senyum sambil
berjalan menuju ke arah hidangan yang telah disediakan.
“Kamu ini, macam budak-budak. Emm…Tidak perlu
memanggil saya doktor pun. Peperiksaan pun belum habis, hendak jadi
doktor pula.” Zin menarik kerusi secara perlahan lalu menyemaikan
benih punggungnya di atas kerusi yang berlainan dengan pendaratan
di lapangan terbang dewan utama.
Ketika itu, lin menuju mengambil kuih dan dua cawan teh untuk
dihidangkan bersama Zin.
“Kuih kamu, tidak perlu kamu ambil lagi. Teh panas dengan
dengan kuih sudah disediakan. Badan kamu agak kurus, mungkin kamu
hendak lebih, jadi layan diri ya.” lin juga mendaratkan badannya yang
seberat empat puluh lima kilogram dengan penuh adat sopan sebagai
seorang gadis yang hanya berusia tujuh belas tahun dan dua bulan.
“Jemput makan! lin” Zin juga dengan penuh adat meja memberi

18
MAYFILIA...

gadis mula makan terlebih dahulu.
“Sila! Silakan makan juga.”
“Tadi kamu kata, peserta kamu yang akan mula bertanding
nanti. Maksud kamu?” lin garu kepala.
“Sebenarnya pada tahun lepas, saya pernah menyertai
pertandingan pidato anjuran Badan Pencegah Rasuah, jadi tahun ini
saya diamanahkan daripada guru Pengajian Am untuk menyuntik
semangat dan mendidik peserta tahun ini untuk bertanding, kononnya
hendak dapat tempat kedua. Seboleh-bolehnya tempat pertama. Tahun
lepas saya memenangai tempat ketiga. Jadi harap-harap tahun ini dia
akan buat dengan sunguh-sunguh.”
“Wah! Wah! Wah! Kononnya seorang pelajar menjadi seorang
pembimbing loohhh.”
“Kamu asyik mengatakan saya sahaja. Nanti langit tidak akan
muncul pelangi tahu.”
“Langit muncul pelangi pada waktu sebegini? Ha..ha..
ha…Kamu juga pelik, memang tidak akan muncul pun pada waktu
sebegini.” lin ketawa terkahak-kahak.
“Aiyo! Kamu memang buat saya ketawa tidak berhenti.
Janganlah bergurau lagi. Gigi saya hampir terjatuh keluar.”
“Bergurau sahaja, pun tidak boleh?” lin memanja-manja suara
dengan renungan matanya sambil memandang Zin dari sudut sembilan
puluh darjah dari kiri, lalu meletakkan tangan kanannya di bahagian
pipi kanan.
“Bukan begitu maksud saya, nanti kamu tertelan sebiji kuih
tanpa mengunyah, susahlah saya nanti. Semua orang sedang pandang
ke arah kamu. Kunyah kuih dalam mulut kamu itu. Nasihat paling
manis daripada sahabat baharu…!” Nasihatnya merangkak secara
perlahan-lahan ke dalam telinga lin.
“Baiklah doktor” lin mengunyah.
“Haiz…” Zin mengeluh sambil memandang wajah lin yang
sedang mengunyah makanan.
Sebutir mutiara yang sedang berkelipan dalam renungan mata
lin telah membuatkan Zin terpesona seketika. Zin berhenti selera
dan memandang sesuatu yang digambarkan tidak dapat dia lihat lagi
setelah selesainya pertandingan nanti. Matanya bukan sahaja menyilau
pandangan Zin namun bebola matanya yang bulat dan menyegarkan
suasana pagi telah mendakap hati Zin dengan penuh perasaan untuk
meneruskan hidup bersama sahabat baharu. Pandangan itu walaupun
sesaat manis namun memberi sejuta makna dalam hidup Zin.
“Hidup seseorang menjadi tiada makna jikalau persahabatan

19
MAYFILIA...

tidak terjalin fahaman.” Sesaat ini dapat Zin rasai dalam sejuta hari
di bumi yang indah ini. Dia sepintas lalu meluahkan kata-kata dalam
sanubari. Kalbu yang disemai dalam badan seterusnya melihat aku sebagai
salah satu proses yang menghubung kait dengan sahabat baharunya.
Perasaan ini secara perlahan-lahan mengepam darahnya yang sedang
mengalir dalam badan Zin dan membara haba cinta yang belum lagi
membina tangga. Dia seterusnya berjanji akan senantiasa menemani
sahabat baharunya dalam masa yang akan datang.” Dia memberitahu
ketika aku tersasar di celah-celah tong sampah.
“Walaupun hari demi hari, saya sanggup bersabar dan
mengharungi segala rintangan yang muncul dalam hidup. Darah
yang mengalir di celah-celah saraf pada bahagian-bahagian tertentu
seterusnya mengharmonis jiwa dan perasaan saya. Perasaan ini tidak
bermakna hanya sementara dalam badan malah di luar badan tetap
menjadi salah satu cabaran hidup berdepan dengan lin yang tiba-tiba
muncul di hadapan hidup saya.” Zin beromong dalam hati sambil
bernafas seketika memandang aku.
“Aku tidak sesekali akan mengecewakan kamu jikalau kamu
tidak sesekali menyentuh dan menyinggung perasaan aku yang
bagaikan munculnya tujuh warna pelangi menyinar seluruh tubuh
aku. Aku telah cuba serba sedikit untuk memahami lin walaupun
masa yang mereka berkongsi bersama itu tidak melebihi enam jam.
Aku berasa cukup memadai hati kerana dapat berkenalan dengan gadis
yang bernama lin. lin bagaikan seekor burung Kestavillia yang sedang
berterbangan di atas langit yang membiru pandangan buat kali pertama
aku melihatnya. Aku terasa ingin terikut bersamanya untuk terbang di
atas namun, aku tidak berdaya lagi untuk mendapatkan sayap yang
boleh membuatkan aku mendekati burung itu.” Aku memandang Zin
yang sedang kaku.

Seekor lalat yang cedera tercungap-cungap di permukaan tong
sampah sama-sama merasai perasaan Zin. Ketika itu, sebahagian badan
aku telah terurai dari asal aku.
“Segala corak hidup sudah semestinya secara perlahan-lahan
akan muncul di masa hadapan. Hanya detik-detik yang saya hargai
setiap saat mungkin memenuhi segala perasaan yang bakal saya rasai.
Dalam erti lain, ada yang mengatakan pandangan pucuk mewujudkan
sepohon rindu. Setelah saya memikirnya, tiada kesudahan saya untuk
menghentikan cinta ini kerana imiginasi dan perasaan saya sedang
melintasi sebuah dunia yang tiada sempadannya. Namun begitu, saya
sebagai seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan STPM,

20
MAYFILIA...

adalah lebih baik saya untuk memikirkannya seketika sementara
mempunyai peluang untuk memikirnya lagi.” Zin menggerakkan mata
sambil bercakap dalam hati.
“Helloooo?” Renungan mata bulat lin memandang ke arah bola
mata Zin sambil mengalih perhatian dan melambai-lambai tangan.
Zin seolah-olah melayang fikirannya dalam sungai minda yang
berbeza dari sungai minda lin.
“Helloooo?” Buat kali kedua lin memanggil Zin.
lin dengan lembut dan berperasaan melambaikan tangannya di
hadapan wajah Zin yang sedang menumpukan bebola mata ke arah
sesuatu yang menjadi perhatiannya. lin memandang sekeliling namun
tiada yang indah yang boleh dijadikan perhatian Zin sedangkan di
hadapannya ialah sebuah tong sampah yang dipenuhi plastik dan
bungkusan kuih-kuih, nasi goreng berlebihan, nasi yang dicekup
corak tapak tangan yang tidak selera dimakan oleh peserta-peserta
yang belum lagi sampai giliran untuk berhujah. Aku yang terurai juga
terluka panas. Kulit pisang baharu sahaja dibuang oleh seorang pelajar
perempuan dan memadam mata aku.
“Shushhhh…” lin meniup angin ke arah wajah Zin.
“Huhh! Zin, Sudah kamu siap mengunyah kuih?”
“Bukankah kamu yang kunyah tadi?”
“Saya kunyah kamuuuu, baharu kamu sedar dari mimpi!”
Aksi comel lin muncungkan mulutnya dengan tajam ketika
menyebut perkataan kamu.
“Bermimpikah saya tadi? Tidak sedar pula saya. Maaf ya.”
Wajah Zin seolah-olah baharu bangun dari mimpi yang indah.
“Ya, kamu bermimpi. Termenung tong sampah besar itu. Apa
yang indah dalam itu sehingga menusuk dalam jiwa kamu?”
“Oh…yang itu! Tidak ada apa-apalah. Mari kita masuk dewan.
Maafkan saya, buat kamu menunggu tadi. Lama saya termenung?”
Berjalan sambil tersenyum kambing.
“Boleh kata lama juga. Saya ingat kamu ini risaukan peserta
dari sekolah kamu.”
“Tidaklah, siapa hendak risaukan dia. Dia pandai membawa
diri.”
“Siapa nama peserta dari sekolah kamu? Cina atau melayu?” lin
sambil menggaru kepala yang gatal-gatal kerana tersilap menggunakan
syampu mandi ibunya. lin terguna jenama lain yang tidak sesuai
dengannya.
“David Tang namanya. Sudah tentu David bangsa cina. Kenapa?
Kamu hendak mencari pasangan cina?”

21
MAYFILIA...

“Tidak ada, saya sudah putus hubungan dengan teman lelaki
saya empat bulan lepas. Buat apa hendak mencari teman baharu lagi?
Haizss…Buang masa sahaja” Mengeluh sehingga habuk di hadapannya
lari.
“Maafkan saya! Saya tidak sengaja menyebutnya.”
“Tidak mengapa Zin, tiada apa pun untuk kamu meminta maaf,
sepatutnya Kamal yang patut minta maaf.”
“Sudah sampai dewan, kita sambung perbualan kita nanti. Saya
hendak melihat gaya yang akan ditunjukkan oleh David nanti.” Zin
kembali menyemai benih punggungnya di lapangan terbang dewan
utama sambil menonggak kepala ke depan dan mengelip sebelah mata
kirinya kepada David seolah-olah memberi semangat kepadanya buat
kali pertama menyertai pertandingan pidato yang khas hanya untuk
pelajar tingkatan enam rendah sahaja.
Ketika itu, Zin sedang duduk bersebelahan dengan lin. lin juga
memberi perhatian menyaksikan peserta seterusnya. Mungkin lin ingin
mencari ilmu dan bakat peserta-peserta dari sekolah lain. Zin mendiam
diri dan sesekali memandang ke arah kiri menikmati pemandangan
pipi lin. Cahaya yang menyilau mata Zin membuatkan dia tidak
mengelip mata kerana sudah pasti perasaan itu tidak akan hadir buat
kali kedua. Walaupun cahaya yang dipantul dari permukaan licinnya
membara darah aku yang sedang mengalir, aku tetap meyakinkan
diri untuk menyimpan dakapan wajahnya dari sudut jendela mata
buat selama-lamanya dalam minda. Perasaan ini seterusnya memutik
cahaya pandangan cinta pertama dalam hidup Zin. Dia walaupun tidak
begitu mengenali lin namun tetap tekad untuk menghadiahkan permata
yang bakal menyinar di sebalik jantung yang sedang mengepam
darah ke seluruh badan. Darah yang mengepam sudah tentunya akan
menghubungkan saraf-saraf yang masih menunggu kesegaran dari luar
untuk dijadikan tugas mereka menjalankan tanggungjawab masingmasing.
Mereka akan lihat kesegaran, sama ada dapat dinikmati atau
digigit dengan kesakitan mendalam supaya pada masa akan datang tidak
akan wujudnya darah buatan yang menemani darah asli. Aku dapat
rasa, darah Zin bukannya buatan anasir persekitaran malah kesegaran dimilikinya
benar-benar asli. Malahan yang berada di luar tadi, darah mereka akan
sahabat aku tenggelamkan suatu hari nanti. Sahabat aku di luar tiada
jalan lain, mereka terpaksa tenggelamkan diri sendiri bersama pemilik
darah buatan. Aku amat sedih kerana setiap kali aku memandang jalan
ke sini, akan aku lihat mereka yang mencipta ombak bunga sambil
menikmati keindahannya yang bertahan tidak kurang daripada sepuluh
minit.

"Sepuntung rokok jatuh di hadapanku,
masih menyala hujung pangkalnya,
abu meninggalkan mayat berjalan,
suati hari, mayat akan meninggalkan
abu yang masih kekal abadi".
-Aku berbicara melihat sengsara mereka-
22

0 ulasan:

DAPATKAN RM100 PERCUMA DENGAN KLIK RM10 DIBAWAH!

Bersama artis Amy Mastura di RedBox Ria Sogo, Kuala Lumpur sempena ulang tahun Suria Fm 2008.

Bersama artis Amy Mastura di RedBox Ria Sogo, Kuala Lumpur sempena ulang tahun Suria Fm 2008.
Amy Mastura

High School Musical at Bukit Jalil 2008.

High School Musical at Bukit Jalil 2008.
High School Musical

S.Tuahada bersama Jenglot dalam Filem Seram Gentayangan. Pengambaran di Muar.

S.Tuahada bersama Jenglot dalam Filem Seram Gentayangan. Pengambaran di Muar.

M.F Kencana Bersama Jenglot Filem Gentayangan.

M.F Kencana Bersama Jenglot Filem Gentayangan.

Bersama Pn.Nisah di dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Bersama Pn.Nisah di dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

BERSAMA ARTIS DI RTM RADIO

BERSAMA ARTIS DI RTM RADIO

Dalam seratus tahun kita bercinta, namun kekurangan cinta tetap dihina. Mampukah Malaysia lenyap dengan kekuatan asap rokok? Marilah kita renung bersama.

SULAMAN WAJAH PADA MATA.

SULAMAN WAJAH PADA MATA.

Recent Comments

 

Kata Hikmah

MASA DEPAN TIDAK WUJUD SELAGI DIRI KITA TIDAK MENCIPTANYA.