

MATA NEGARA SUDAH DALCA - Manusia Masa Depan Siri - 11.
"Sebelum aku mula baca, aku hormati roh aku disisi dan di mana-mana roh lain yang perhatikan aku".
MERDEKA lambang kebanggaan pahlawan yang berjuang menuntut hak kebebasan dan menamatkan peperangan. Waktu itu ramai tumpahnya darah, wanita Melayu, lelaki Melayu, mereka berdoa sebelum melangkah ke medan pertempuran. Ada manusia yang berani waktu itu masih hidup ini hari, dan manusia yang berjuang dan pulang ke Ramatullah; kini anak cucu mereka yang merasai betapa selamatnya negara ini. Namun mata, mata, mata, mata, mata, mata, mata, mata, tidak lagi asli. Sudah bertaburan hinggakan melihat dunia amat berbeza. Mereka manusia pembangunan, mereka kekuatan kita untuk maju ke hadapan, ramai anak-anak muda tidak lagi berasa syukur negara ini Merdeka dan sudah aman diam berbicara. Di sini, dan di sana lihat mata syaitan, di sana lagi ada mata pendatang yang mencari kehidupan. Mata mereka bukan saja mencari kehidupan maka mereka keruhkan keadaan mata asli di negara ini. Satu per satu mata asli memerlukan bantuan mereka, tanpa mereka maka mata asli sukar untuk hidup. Apa yang sukarnya? Cuci baju, jaga anak, jaga rumah, bina bangunan? Semua mata asli ingin kaya dan maju cepat dan meminjam mata asing. Dulu semasa zaman jajahan, mata asli Melayu sambil perang, bunyi tembakan sambil menjaga anak, bayi dan bekerja menjual kuih. Bayangkan tahun akan datang, barangkali menjelang hujung tahun 2012 ramai pendatang asing, buruh pulang ke negara asal menemani keluarga, mereka sudah merancang menyimpan separuh daripada gaji mereka dapat, dan separuh lagi dihantar pulang untuk tujuan masa depan. Banyangkan sekaligus demostrasi berlaku, semua pulang meninggalkan mata asli. Apa yang mampu kita lakukan? menghalang mereka? mereka bukan mata asli, mereka hanya kekuatan masa depan, andai tiada mereka, maka lumpuhlah negara. Manakan ada pegawai atas akan turun di bawah jambatan LRT Bandaraya untuk mencuci longkang, setiap pagi menyapu daun-daun keguguran. Andai mereka yang atas turun, bersyukurlah mereka sebagai mata asli. Andai mereka tak turun, maka negara ini huru hara tanpa ada manusia yang sudi turun mengambil alih pekerjaan paling mulia. Kita diajar, dilatih untuk hidup senang, tidak ada anak-anak rempit, anak-anak Malaysia yang ditakdirkan hidup susah, yang susahpun akan dilatih jadi senang suatu hari nanti, jadi jikalau berlaku satu kejadian tak diingini maka patahlah kaki dan tangan, minda dan kepala. Budak rempit yang melepak, budak melayu lepasan SPM yang sekadar tahu mencuit-cuit di sekitar Bukit Bintang, bawah jambatan Monorail Berjaya Times Square, melihat dengan mata nafsu, bukankah lebih mulia mereka mengambil alih jawatan kerja paling mulia daripada lepak dan menghabiskan rezeki halal ibu bapa yang susah membesarkan mereka. Ibu bapa pula manja-manjakan anak-anak dengan makanan mewah, sekali makan petang satu set khas untuk Kids Meal berjumlah RM85.90 sen... itu pun tidak kira tax lagi. Inilah zaman akan gelap, manusia tidak melihat susahnya merdeka, mereka cuma tahu mewah kini dan entah mati esok tidak mereka kira. Masa depan tidak menanti kita, kerana kita mencipta maka akan datanglah satu peristiwa yang memberi kita ajaran, biar miskin dalam mengejar kebahagiaan, tanpa mata asing kita mata asli masih boleh hidup, buat perniagaan dan sebagainya, tapi bila terlalu ramai mata asing maka di mana-mana kita pijak tanah akan kita rasa, di mana lah mata asli yang senegara dengan AKU? Lokasi di pasar seni, petaling street, dan tempat-tempat Ampang, memang bukan lagi milik tanah mata asli lagi, inilah jajahan perang seterusnya untuk menghadapi situasi genting. Manusia masa depan sedang perhatikan manusia kita di abad dan zaman ini, jikalau kita gagal mencorakkan siapa bangsa Malaysia yang asli, maka sukarlah kita melangkah. Walaupun kaya, mewah masih tetap sukar untuk berbicara di masa depan.
"ANDAI MEKAR ITU TAK GUGUR, TAK SYUKURLAH MANUSIA".



0 ulasan:
Catat Ulasan