Khamis, 15 Oktober 2009

KEMBALI BULLAHFIDAH BERBICARA


TANDA HORMAT AL-FATIHAH Tujuh hari diam tidak berbicara.
"Sebelum aku mula baca, aku hormati roh aku disisi dan di mana-mana roh lain ia sedang perhatikan aku".
(MANUSIA MASA DEPAN Siri ke - 9)
ZAMAN PERALIHAN MODEN untuk ke - 2016.
TUJUH hari diam, sunyi tanpa suara blog ini. Ini hari kembali berbicara. Ini bukan kerana tidak ingin untuk menurunkan kata-kata. Ini tanda hormat kepada arwah ayah sahabat pemilik blog ini. selama seminggu, telah jauh meneroka. Kesibukan menyiapkan kerja PeTA dia, memikirkan hal-hal alam semesta, menjelajahi masa dan memberi izin doa seminggu untuk insan yang pulang ke Ramahtullah. Dia masih menunggu bukti dan kenyataan manusia masa depan. Dia masih ingin melihat betapa jauhnya dapat dia pergi. Di mana tanah dan di mana angin akan dia langkah, kemudian berdiri. Buktinya, manusia yang membaca blog ini secara tidak langsung akan berhubung bersama manusia masa depan yang mungkin menepati jiwa dan pemikiran hinggakan mereka yang terpilih turut menerokai dunia masa depan. Pembaca blog ini akan bersamanya menerokai mimpi jam 4 pagi hinggakan subuh sukar menjelang dalam diam, di luar sinar mentari pagi menunggu pulang bersama diri. Selewatnya mata telah menaiki layang-layang. Tali mula dilepaskan. Setinggi angin membawa layang-layang itu, maka sekecil semutlah dilihatnya. Menjelejah di sebuah tempat yang tidak dikenali. Di sudut kiri, pokok besar menjadi teduh bulan. Satu lorong kecil menghubungkan bandar ke sebuah perkampungan Melayu. Di hujung jalan sambil menoleh kanan, ada sebuah perkuburan melayu. Ada tiga batu nisan dapat aku kesan jelas, masing-masing bertarikh 1209, kemudian 31 Syaaban 1957, dan satu lagi batu nisan bertarikh 12 Jan 2016. Aku mengelilingi kawasan kubur, banyak lagi batu nisan dikuburkan pada tarikh 2016. Di satu sudut, ada satu batu nisan condong mengufuk ke arah timur laut, berbentuk piring. Di atas itu ada satu kertas. Dia berani mengangkatnya kemudian membaca. Tertulis ayat-ayat sedemikian. Tuahada, engkau perjuanganku. Tapi, aku pergi sebelum kamu. Izinkan aku memohon segala kemaafanku sebelum nafasku henti nanti. Ini bukan mimpi, teruskan perjuanganku dan buktikan kepada manusia di bumi tahun-tahun ketahuan di mana emas menjejak tanah, lebur hancur kepanasan melukis sebuah minpa pemimpin terakhir di negara. Tuah, ini cabaranmu dariku. Izinkan aku meletakkan nafasku kepada Bullahfidah yang memberi tugas pada kita. Manusia terlalu kuat menentang kita, tuah sekali lagi maafkan aku. Surat itu terbakar setelah ayat terakhir disuarakan dalam hati yang membaca. Latar bertukar wajah, aku berada di sebuah bandar. Tidak ada kereta. Sunyi. Aku memerhati dan tidak bersuara.Sekitar bandar, beberapa buah rumah tumpangan. Ada penjaja menjual air, buah dan menjual daging. Daging yang dilihat bukan kambing, ayam atau ikan. Terlihat, tapak tangan manusia, lutut dan tapak kaki yang digantung untuk menunggu pembeli datang. Di kiri, ada bangunan tertulis Motel. Ada gadis di hadapan menjaga pintu masuk. Gadis itu tidak berbaju. Memakai skirt pendek tanpa baju, senyum padaku. Memberi tanda hormat, menunduk kepala padaku. Aku melihat mereka dan bertanya. Di manakah tempat ini? mereka menjawab, inilah tempat pelacuran. Datangnya seorang lelaki dalam lingkungan 40 tahun, Melayu berbaju korporat melangkah masuk. Menghulurkan RM10 kepada gadis satu lagi yang menjaga pintu. Gadis itu bertanya, mana isteri kamu? kata lelaki itu, dirumah menjaga anak. Lelaki itu melangkah masuk pintu, dan menaiki tangga mengarah ke kiri. Aku kemudian melihat lelaki itu, Aku pun mula mengundur diri, gadis berdua itu balas padaku "Selamat menziarahi kami, maafkan kami semua, inilah zaman kami". Aku diam, hanya senyum dan beredar dari situ. Melihat sekitar kawasan, banyak bangunan berbilik, tingkap buka, ramai gadis menjerit dan ada yang melontarkan suara sumbang mengheret nafsu lelaki ke arah keharmonian dunia mereka. Ini zaman mereka, tidak dapat pertikaikan. Sekitar kawasan ramai gadis-gadis menunggu masa dicengkap nafsu jalanan, nafsu yang bakal menjadikan lelaki daging makanan. Setiap lelaki yang melangkah masuk rumah pelacuran tidak akan pulang ke rumah menemani keluarga. Mereka akan kecai satu per satu di Motel, rumah tumpangan, dan bilik cinta lewa. Gadis-gadis ini akan memotong daging lelaki dan dihulurkan di satu lobang menyambungkan ke sebuah tong. Tong itu kemudian akan diangkut dari jalan belakang dan kemudian dijual di pasar. Aku melihat suasana ini semakin dan mula takut, namun setiap manusia yang lalu di sana akan mengangguk kepala depan aku, dan senyum. Aku diam dan membalas senyuman mereka. Kemudian aku berjalan keluar dari kawasan itu, di depan ada sebuah pekan. Ramai lelaki sedang bersuka ria, di pintu gerbang utama ramai wanita yang berjalan masuk. Ada seorang gadis cuba melarikan diri ke arah aku, meminta tolong. "Tolong, aku ingin pulang! Tak nak!". Aku tidak boleh menolong mereka, kerana itu bukan zaman aku. Andai aku tolong, maka masa untuk aku pulang akan sekat dan tak terbuka ruang masa. Lelaki-lelaki (7manusia) itu menarik gadis itu, menanggalkan seluar, baju dan kemudian di bawa ke sebuah bangunan. Aku memasuki gerbang pintu besar itu, penjaga itu ialah lelaki gagah. Beberapa gadis masuk kawasan itu, senyum dan gembira seolah-olah mereka suka akan tempat itu. Gadis-gadis ini akan masuk dalam bangunan itu. Sekitar pekan itu, menjual daging-daging gadis. Mereka yang menjual itu ialah lelaki. Aku tidak sempat memasuki bangunan kawasan lelaki itu, kerana sudah cukup masa aku pulang. Andai aku masuk, barangkali aku tidak akan keluar dari kawasan ini. Matahari sudah semakin hampiri. Aku kemudian keluar dari kawasan itu dan terus mencari sepohon pokok redup dan besar. Menunggu bulan melangkah sebiji bintang. Setiba saat kedua dalam 60 saat, aku pulang ke tempat asalku. Aku terus sedar dan melihat diri aku. Ketakutan itu membawa satu petanda manusia masa depan untuk zaman ini akan saling makan memakan sesama sendiri tidak kira taraf, dan keluarga. Asalkan gembira, maka bolehlah mereka bertindak perlakuan mereka. Barangkali, akan datang manusia zaman aku akan semakin pupus dan menunggu masa peralihan zaman di mana manusia baharu akan membersihkan mereka semua hinggakan pupus di atas bumi ini. Kepercayaan kepada tuhan, membawa erti amat besar kepada negara. Andai tuhan tidak berbicara bersama pemimpin dan manusia, rakyat tidak akan mengikut perasaan membawa diri ke arah kegelapan. Sanggup demostrasi di jalananan kota. bising dan menggugat tanpa mengira keburukan yang bakal menimpa. Apa yang mampu mereka lakukan ialah mendorong nafsu ke arah sifat ketidak sempurnaan kurniaan jasad manusia. Undang-undang wujud, tetapi mana letaknya ketuhanan setiap insan? Hanya tahu memakai selipar di hari hari hari hari dan hari tanpa kira status, kepelbagaian tetapi bila datangnya bencana dan perkara yang rasanya sukar tetapi boleh diatasi, mereka tidak sesekali ingin menggunakan akal bijaksana mereka untuk laksanakan secara mentaliti. Mereka keluar berarak, mengorbankan jiwa insan mulia, kanak-kanak dan perempuan yang mengandung. Inilah sisa rakyat, sisa manusia yang akan dibersihkan pada penghujung tahun 2012. Manusia ini akan mula memberontak kerana pemimpin tidak menjaga lingkungan peta sebesar tapak tangan, hal ini bukan salah pemimpin tetapi rakyat yang alpa pada semangat ketuhanan. Mereka berdoa, mereka masuk tokong, mereka masuk kawasan suci, bila melangkah keluar tidak adapun mereka pun dapat aplikasikan. Di mana letaknya ketuhanan? Namun, ada sebahagian besar manusia yang tahu, tempat letaknya ketuhanan dan mereka mula berbicara sementara menunggu masa. Masa itu yang menjadi senjata mereka mengalahkan pembersihan sisa manusia. Yang tinggal hanya mereka yang mampu mendidik dan bersyukur alam Maha Pencipta. Aku meneroka sedalam-dalam alam berbicara, aku melihat semangat manusia di tapak dahi bercahaya, di atas gunung sebuah gua mendidik ilmu pusaka, aku turuni bersama saka. Di sana dalam diri perlukan satu minda yang akan bersatu mengukuhkan aku dalam diam berbicara, dia insan menemani, dia insan yang aku perlu untuk terus berbicara, Itisamlas ... aku menunggu diri engkau tampil ke hadapan untuk kita terus ke sebuah dunia masa depan. Mindamu jujur untuk aku tidak hilang cahaya, melebarkan aura setiap jalan ke laluan lelapan mata. Manusia Masa Depan memerlukan kita untuk bersatu bersuara dalam diam kita memegang prinsip keturunan.

"Sejarah membuktikan erti masa kini,
masa kini mencipta masa depan,
andai manusia alpa, sejarah musnah tanpa bicara,
tiada beza dulu, kini dan kemudian". -...*.^^-

1 ulasan:

A.S.A.P berkata...

Thank you so much ohhhh my dear Tuah...I want to BE WITH YOU Love NATURE and Save the FUTURE...:)