Rabu, 7 Oktober 2009

AL-FATIHAH




MANUSIA MASA DEPAN BERTUGAS MEMBERSIHKAN SISA MANUSIA.
"Sebelum aku mula baca, aku hormati roh aku disisi dan di mana-mana roh lain ia sedang perhatikan aku".

MANUSIA di bumi semuanya telah mati, dan hanya meninggalkan lebihan jasad yang perlu dibersihkan. Mereka adalah sisa kepada Manusia Masa Depan. Sisa ini ialah bayi-bayi yang dilahirkan, kemudian membesar menjadi manusia yang bertemankan jasad nenek moyang yang pernah agung dengan segala kebesaran ilmu. Sisa ini perlu dibersihkan secepat mungkin sebelum hari kiamat. Manusia Masa Depan kini sedang berusaha membersihkan sisa-sisa di serata dunia. Manusia tidak seharusnya melahirkan anak lagi kerana sudah tiba masanya untuk mula berdoa. Manusia tidak sewajarnya melihat cucu-cucu mereka menderita, dan manusia harus lihat dunia masa depan dan bukan hanya generasi dan abad yang mereka tinggal, bertempat. Ramai manusia yang sudah tidak perlu digunakan lagi di negara ini, dunia ini dan boleh dikatakan berzilion-zilion manusia harus dibersihkan secepat mungkin. Akan datang satu bencana akan melanda 'aisyalam-petikan www.gapurabicara.blogspot.com ' dan peristiwa dan malapetaka ini amat pelik sehingga para pengkaji cuaca tidak tahu datangnya dari arah mana ia wujud. Kilat sepantas cahaya menyambar bukit, terbelai luas hinggakan penduduk bandar yang wajib ditentukan bersih akan dibersihkan sekaligus. Segolongan manusia akan selamat kerana diselamatkan. Kilat ini berlanjutan bersama guruh, hinggakan sukar manusia sempat bersembunyi. Air laut bergelora menutup pantai, dan kawasan terdekat, manusia wajib dibersihkan akan terpanah kilat.

Kini, gadis-gadis telah meninggalkan jasad, laki-laki telah meninggalkan jasad, ada jasad dilindungi kitab tetap dipanah kilat kerana sukar untuk dijilat, Aku masih kekal tidak meninggalkan jasad kerana dia, kerana aku tahu tanggungjawab dia sebagai penulis masa depan. Sehingga selesai tugas aku dan manusia masa depan, dia turut akan meninggalkan planet ini tidak lama lagi. Manusia Masa Depan menghantar jiwaku untuk melakar mimpi setiap manusia kini. Anak-anak, bayi-bayi harus diberhentikan. Mereka menangis kerana tidak ingin lihat dan tinggal di dunia ini lagi. Dia menangis hari ini, bila mendengar salah seorang ayah sahabatnya, atau dilukiskan sahabat teman tuahada/aku dan bukan dia yang berbicara. Ayahnya sudah meninggalkan dunia ini, dan pulang ke syurga. Al-Fatihah, dan ucap takziah kepada arwah ayahnya. Setelah itu, datangnya satu himpunan ilham bila dia mula memanggil aku. Aku dari jauh sedang bermesyuarat bersama kalian Manusia Masa Depan segera pulang kepada tuan aku. Datangnya dia, sedang menitik air mata dan aku pulang menemaninya. Sahabat ayahnya sudah pulang ke syurga pagi jam 10 bersamaan 7 Oct 2009. Aku tahu, walaupun pernah dibicara bersama kawannya, dan walaupun aku pernah berbicara bersama kawan dia, aku turut simpati. Duhai sahabat aku, dia akan temani ilham dan bicara hidupmu, kekalkanlah jiwa dan sabarmu demi waktu yang sudah tentu.
-Bullahfidah berbicara-


"Setiap manusia harus dipulangkan demi waktu kebesaran,
andai manusia dipulangkan tiada turunnya ilmu dan agama,
maka manusia itu lahir sia-sia. Tiba masanya, manusia lain akan dibersihkan tanpa kala." -Sellumdiah-

video

0 ulasan: