

WAJAH & KECANTIKAN UNTUK MANUSIA MASA DEPAN PLANET KE-11
MANUSIA MASA DEPAN: Kita teruskan dengan manusia masa depan selanjutnya. Apa yang anda faham dengan manusia masa depan? Mulai hari ini, blog ini akan memperjuangkan manusia masa depan kerana tagline blog ialah masa depan. Mungkin ia hadir sepintas lalu dalam minda tetapi, benarkah manusia masa depan wujud? Kita tidak dapat memberi jawapan dengan tepat kerana tiada bukti. Kepada manusia yang pernah merasai kehadiran manusia masa depan maka mereka akan tahu dan faham bertapa pentingnya manusia masa depan kepada planet Bumi ini. Ramai yang anggap mimpi itu hanya satu perkara biasa dalam kehidupan seharian, barangkali tidak. Mimpi adalah lorong cahaya yang paling sesuai menghubungkan manusia dengan manusia masa depan atau segala kejadian sebelum dan selepas bahkan belum pernah terjadi. Pernahkah anda bermimpi sesuatu peristiwa dan kemudian ia seolah-olah terjadi dalam hidup anda beberapa minggu atau bulan kemudian? Jikalau ya, maka anda telah dipilih oleh manusia masa depan dan jangan bimbang kerana suatu hari nanti, anda akan mula lihat planet ke-11.
Manusia di planet Bumi lahir melalui proses hubungan seks, sperma dan ovom bercantum dan menghasilkan zigot seterusnya membesar menjadi bayi. Namun di Planet Ke-11, sebelum wujud planet ke-11, manusia masa depan telahpun wujud tanpa jasad di planet Bumi. Setiap kelahiran di Bumi akan diawasi oleh manusia masa depan. Mereka cuma menunggu pembentukan planet ke-11 sehingga kini, mereka mula bersedia untuk pulang ke sana. Manusia ke-11 barangkali dapat dipercayai ialah Makhluk Asing tetapi jiwa mereka adalah jiwa manusia. Mereka lebih pantas dari manusia , dan lebih pantas dari cahaya dan dapat bergerak dari satu titik ke satu titik yang berlainan jarak dengan amat laju sekali. Kini, dunia mereka hampir siap. Dari persekitaran air terjun berlumpur merah, mereka mula membina empangan besar di bawah. Amat luas planet mereka. Penempatan di dalam perut planet ke-11. Di luar planet ialah kawasan padang pasir, air terjun berlumpur, tetapi di dalam bahagian tengah kerak planet, di situlah tempat tinggal mereka. Kini, mereka bebas terbang seperti lalang, angin dan bebas menjelajah dari seorang manusia bumi ke manusia bumi yang lain sewaktu mimpi. Mereka hanya mula bergerak bila manusia tidur. Disebabkan mereka tidak mempunyai jasad, maka mereka akan meminjam jasad manusia yang tak bergerak dan kemudian menjelajah mimpi dan melihat apa yang ada dalam minda setiap manusia. Di saat itu, mereka akan mula membina peribadi, bentuk fizikal badan dan pemikiran seorang manusia. Manusia masa depan ini amat kreatif sehingga sukar dikesan oleh manusia bumi, tetapi jikalau seseorang manusia di bumi ini peka dan melihat persekitarannya bergerak lambat di mata, barangkali dia akan merasai kehadiran manusia masa depan. Bagaimana?
Mula melihat semut berjalan, mula sentuh pokok di bahu jalan, lihat pergerakan angin bertiup, lihat rumput dan di celah rumput ada unggas ataupun melihat matahari terbit dan terbenam dan mengira masa. Awan di atas langit bergerak dari satu fokus ke fokus lain, barangkali akan membantu anda melihat manusia masa depan. Perkara-perkara ini sebenarnya bergerak lambat dalam planet Bumi cuma manusia tidak perasan. Manusia cuma melihat gadis memakai skirt seksi, badan terdedah, kereta gergerak laju, lari, kejar ke kerja, masa suntuk, lewat masuk kerja, nak makan dah, dan perkara lain. Semua ini bergerak dengan cepat. Manusia yang menjadi perantaraan aku di saat ini juga bergerak cepat dan juga melihat gadis seksi, kerja, lapar dan lain aktiviti cepat tetapi dia lebih cenderung memberi masa kepada dirinya untuk melatih menjadi lambat di mata tetapi cepat di fizikal. Mata kita harus bergerak lambat apabila sampai di perhentiam-perhentian alam. Melalui pendekatan ini, mungkin setiap kali tiba masa jam 4 pagi anda akan merasai kehadiran manusia masa depan. Angin bertiup dari arah tingkap, seolah-olah mereka wujud melihat setiap manusia, senyum dan berfikir setiap dilemma yang dihadapi manusia dan ingin membantu kita, namun dimensi mereka dan kita jauh dari cahaya bumi, mereka tidak dapat berbual dengan kita, bersua muka, mereka cuma boleh hadir dalam mimpi dan memberi maklumat tentang kehadiran mereka.
"Aku perlukan wajah saudara, kami perlukan kerana kecantikan fizikal rakyat kami di masa akan datang. Penghargaannya ialah kami akan sediakan sebuah tempat tinggal untuk saudara di sana, boleh pergi dan pulang ke sini bila-bila masa".
Ini antara suara jiwa mereka tanpa jasad. Mereka merasa pelik, setiap manusia melihat cermin. Wujud dua manusia di berlainan paksi. Maka mereka terfikir untuk mewujudkan wajah manusia menjadi dua. Wajah satu lagi akan di hantar ke Planet ke-11 di mana warga pengkaji akan mula mentafsir wajah kita sebelum dapat mengoperasikan wajah kita sepenuhnya. Manusia masa depan juga inginkan kecantikan, malangnya mereka tidak tahu cara untuk mengambil wajah kita. Antara satu caranya ialah setiap hembusan nafas manusia ke alam sewaktu tidur, mereka akan mula simpan. Hal ini, di waktu malam, rumput dan lalang, pokok dan bunga tidak menjalankan proses fotosintesis. Tidak ada cahaya maka tumbuhan di luar juga berkongsi oksigen bersama manusia. Hal ini, mudah untuk manusia masa depan mengambil wajah kita untuk ujikaji. Tapi, mereka perlu mendapatkan izin manusia, mendapatkan izin kita. Amat sukar untuk mereka mendapatkan izin daripada kita, kerana mereka susah berhubung dengan kita. Jadi apa yang mereka dapat? Manusia mana yang berjaya serahkan wajah kepada mereka? Tidak ramai, cuma manusia miskin, pengemis, golongan ibu yang hidup susah beranak ramai, dan paling mudah ialah bayi.
Wajah bayi dan kanak-kanak <>
"Ah ler..kanak-kanak, bayi, biasalah mereka tu. Cakap seorang. abaikan jer".
Antara dialog yang biasa didengar, tetapi bagi ibu bapa mereka tidak peka wujudnya manusia masa depan. Mereka tidak melihat dengan tangisan buta, mereka tidak melihat secara perlahan, semuanya cepat. Namun dalam hidup bayi dan kanak-kanak, mereka melihat secara perlahan. Perkara ini membuatkan manusia masa depan suka akan kanak-kanak dan suka bermain dengan mereka. Wajah dan kecantikkan manusia sering dicemburui manusia masa depan. Manusia masa depan memerlukan bantuan kita serahkan wajah. Tapi, mereka bersifat manusia sopan. Mereka juga perlu meminta izin sebelum berbicara dan memberi salam siapa mereka, mana datangnya mereka, dan siapa nama mereka. Salah satu manusia masa depan aku bersua dalam diam, bernama JH6-Vz. Nama sempena makanan dan zat di planet mereka. Udara mereka adalah makanan seharian mereka. Tapi, udara di planet bumi adalah pembunuh sejagat manusia.
'Toughts' atau pemikiran manusia bergerak lebih pantas dari cahaya. Ini adalah kajian yang pernah di kaji oleh para saintis. Kini manusia masih tidak mengaplikasikan pemikiran mereka, hanya lampu suluh sahaja menjadi pemikiran mereka. Bayangkan, anda berada di KL, anda dapat memikirkan kampung halaman di kampung anda dalam masa tidak kurang sesaat. Bukankah ini satu keistimewaan alam? Bayangkan anda kini berada di kampung halaman bersama ibu bapa, kucing tersayang dan tumbuhan-tumbuhan di sekitar kampung, jalan dan adik-adik di kampung. Suasana, bau dan angin udara di kampung. Selaju cahaya juga tidak dapat mengalahkan selaju pemikiran. Namun, adakah manusia berfikir secara begitu? berfikir lebih pantas dari cahaya? Di sini berjaya menerokai planet ke-11 sebelum manusia, para saintis terokai. Inilah kekuatan pemikiran yang dapat bergerak laju, tetapi untuk lebih sistematik dan terancang, anda harus dibimbing oleh manusia masa depan.
Tidak tahu sama ada pembaca blog ini pernah ditemani manusia masa depan atau tidak, jikalau pernah, jangan lepaskan peluang ini. Barangkali manusia kini tidak sempat mati, bumi akan mati sebelum manusia. Jadi, manakah lagi kita akan tinggal? Kepada yang terpilih oleh manusia masa depan, anda akan dipindahkan ke planet ke-10. Namun, kepada manusia kaya-kaya dengan harta wang, pemimpin dan menteri mereka akan mendarat di planet ke-10 bersama para saintis terulung dunia. Dunia ini dalam konteks 'Bumi' bukan alam semesta. Jadi, kepada yang risau akan kematian, janganlah bimbang anda tidak akan mati. Setelah mendarat di Planet ke-11, anda akan hidup selama-lamanya. Bosankan? hidup tak mati? emm.. berapa lama nak hidup? Nak buat apa kat Planet ke-11? Ada kerja? Ada perkahwinan? bagaimana nak sambung zuriat? Nantikan manusia masa depan selanjutnya setelah malam menjelang 4 pagi.
"DALAM DIAM DIA BERBICARA, AKU BUKAN DIA DAN DIA BUKAN AKU YANG BERBICARA, AKU BUKAN MILIK SIAPA-SIAPA, AKU BUKAN MANUSIA, AKU TIDAK ADA JASAD UNTUK BERBICARA".
"Manusia akan mati dan hidup. Manusia masa depan tidak akan mati kerana mereka tidak mempunyai jasad. Jadi, mereka memerlukan jasad kita. Siapa diantara kita sebagai manusia dipilih oleh mereka?"
0 ulasan:
Catat Ulasan