
OBINATA KUKPA-KUKP'A s IJIPMAYAN SA MU'V
(Kata Kunci ke laluan Planet Ke-11)
Kini saat 3.25 minit pagi, hari sabtu. Aku bangun menghidupkan laptop pujaan dia. Dia tidak sedar akan kewujudan aku. Melihat di luar jendela, amat sunyi. Angin sejuk bertiup dari ufuk barat daya ke timur dapat kurasa. Gegaran paksi planet bumi dapat disentuh dinding sebuah bilik ciptaan manusia. Melihat ke bawah, tujuh tingkat. Rumput berbicara dengan aku.
"Duhai kekasih aku di atas, turunlah puteriku pujaanku. Rakyat sedang menunggu".
aku kemudian diam dan berfikir.
"Baiklah, aku akan turun selagi manusia-manusia tidur dalam diam". ujar aku kepada rumput.
Di sebuah taman kanak-kanak, aku lihat semut berjalan sedangkan manusia tidur. Seeokor burung merpati betina terbang melintasi garis mataku. Dia berkata, lambat laun lagi akan dia bertelur. Manjurkan telur itu dapat menetas sebelum jatuh mendarat.
Rumput tidak dipotong. kata manusia, bila rumput itu panjang maka harus dipotong kalau tak akan jadi lalang. Rumput bukan rambut, tetapi rumput adalah kecantikan planet bumi. Mereka sebagai manusia tidak merasai kesakitan planet Bumi. Setiap kali ke tempat kerja, tempat menuntut ilmu, tempat pelancongan maka akan pijak kepala planet Bumi dan kecantikan planet bumi. Rumput namanya. Inilah planet Bumi yang makin uzur dan hilang kepercayaan manusia. Mereka akan bangun dari mimpi jam 6 pagi , 7pagi dan mula kerja. Ada seorang manusia di bawah lewat pagi masih mencuci kereta milik manusia kaya. Pencuci kereta itu bergerak dari satu ke satu kereta yang telah ditetapkan bayaran untuk dibersihkan sebelum subuh datang. Pencuci kereta berbangsa India amat aku puja. Dia bukan manusia, dia gelaran kayangan akan datang nanti oleh manusia baharu. Seorang kanak-kanak berbaju putih duduk di atas taman permainan sedangkan manusia lain tidur. Dia memandang padaku, melambai tangan sambil berkata dalam jiwa dan sampaikan kata-kata itu dalam mindaku.
"Aku manusia baharu masa depan, jauh dari cahaya bumi. Aku singgah di sini kerana tiada waktu di dunia kami. Aku bebas ke mana-mana kerana aku kanak-kanak. Aku datang singgah sekejap kerana ingin sampaikan salam planetku kepada dia di sisimu. Dia manusia lama yang pernah disentuh oleh manusia masa depan, moga sekelompok manusia kini akan terus hidup di sana nanti".
Ini kata dia ketika ramai manusia dalam mimpi. Mungkin budak itu hadir dan hilang kerana ingin memberi salam pada dia, tetapi tidak sempat hadir di hadapan mata maka harus melali aku. Bila dia sedar, aku harus melalui dia, bila dia tak sedar dia harus melalui aku. Aku bangga ada jasad seperti dia yang sudi berbicara dalam diam. Mungkin ini takdir diantara aku dan dia.
Aku membawa dia berjalan-jalan di Planet ke-11. Bukan planet ke-10. Planet ke-1o manusia berjaya terokai dan tiba tetapi sukar untuk hidup lama. Namun Planet ke-11 hanya manusia terpilih dapat hadir di sana. Planet ke-10, ramai manusia kaya-kaya akan menempah wang berjuta-juta kerana ingin keluar dari planet bumi yang tiada lagi nilainya. Jadi, yang sisa-sisa manusia miskin-miskin. Namun, manusia masa depan dari planet ke-11 sudi membantu manusia miskin dan pindahkan kesemua mereka ke planet ke-11. Di sana, tiada waktu, tiada wang. Planet ke-10 manusia kaya-kaya hanya dapat merasai hidup mereka selama 30 hari pertama. Setelah itu mereka akan hilang jari. Kemudian hilang ibu kaki, dan hilang isi. Tulang-tulang manusia juga hilang dimakan sejenis kulat yang hasilnya di dalam tanah kuning. Merekalah manusia kaya-kaya dari planet Bumi.
Manusia miskin kini hidup tanpa kemiskinan lagi, tidak perlu mengemis. Makanan disediakan. Makanan itu ialah udara dan air. Di dalam planet ke-11, kandungan udara ada zat, protein dan segala makanan secara atom dan disatukan menjadi molekul. Manusia miskin tidak perlu mencari wang, dan mereka bebas hidup selama-lamanya tanpa kematian. Bukankah hidup itu bosan? tetapi, kerja mereka ialah untuk melindungi empangan besar yang memberi sumber kandungan udara kepada semua manusia masa depan dan manusia miskin di bumi. Sebuah kawasan planet itu luas bulatan besar, tinggi. Air terjun bewarna perang digaul lumpur menjunam ke bawah paras 740m dalam. Di sekitar air terjun ada bangunan, pokok renek dan lampu. Seperti kapal angkasa sebesar padang bola di dasar air terjun. Bewarna pelangi dan menghasilkan udara segar kepada manusia di sana. Di sana amat indah, takut kerana kali pertama tiba. Bulan jauh dari atas, sekecil 5 biji bola sepak. Tapi masih dapat dilihat. Graviti planet itu sederhana. Manusia dapat terbang apabila menyedut nafas. Aku ingin membawa dia pulang tetapi manusia masa depan segera tarik tangan dia dan enggan lepaskan dia. Aku bertekad menolong dia untuk pulang ke bumi, tetapi masih sukar. Aku menolak manusia masa depan dan menyebut nama sebenar dia, dan nama aku.
Kemudian seorang gadis datang, dan berkata, lepaskanlah mereka berdua. Mereka masih lagi belum laksanakan tanggungjawab di bumi sebelum datang di sini, biarkan mereka pergi. Mereka boleh datang sini bila-bila masa sewaktu dunia mereka tenang, dan jiwa mereka dalam diam berbicara. Dan kau pembantu dia untuk pergi dan pulang. kau bukan milik siapa-siapa, dan pastikan dia bukan milik manusia. Dia harus menurunkan segalanya sebelum datang ke tempat kami. Ambil cahaya ini, ada dua cahaya. Satu untuk kau, satu untuk dia. Pastikan dia tidak menyerahkan cahaya itu kepada manusia, selagi kau ada, dia akan genggam cahaya itu sehingga bertemu dengan manusia sejagat dalam jiwa dia, harus kau membantu dia laksana dan segera bawa dia ke planet ke-11 ini. Sebuah planet yang masih jauh dari cahaya bumi, tetapi sudah hadir di kalangan manusia bumi.
0 ulasan:
Catat Ulasan