Isnin, 28 September 2009

PERKENALAN MAHFUZAH







PERKENALAN MAHFUZAH - Planet ke-11: Manusia Masa Depan Siri ke-7

MAHFUZAH itu nama selamat untuk setiap kehidupan di dunia ini. Andai seseorang itu pernah berjumpa dengannya, orang itu akan senantiasa bersama dalam hidupnya walaupun pernah berpisah. Perpisahan kerana mengejar impian masing-masing, memang sedih rasanya tetapi bila setiap kali matahari terbit, bangun dari alam mimpi, akan lihat pokok-pokok hijau jauh di seberang. Di situ, mula imbas kenangan Mahfuzah. Siapa itu Mahfuzah? Manusia atau Puteri Geodarnilo yang menyamar? Mungkin ia hanya ilusi. Dalam setiap jiwa manusia ada cahayanya, maka cahaya itu akan membawa satu pertemuan antara manusia dan manusia lain di atas planet Bumi. Orang buta salah satu manusia misteri dan penting untuk dibantu. Mereka satu golongan yang mempunyai deria yang amat unik. Orang biasa tak akan miliki deria mereka. Deria itu ialah komunikasi selamat. Ertinya, komunikasi tanpa suara anatara orang buta dan orang buta. Mereka boleh berkomunikasi menggunakan dahi ke dahi. Setiap manusia ada dahi dan setiap dahi akan terhasilnya cahaya berbentuk '0'. Cahaya itu harus sentiasa terang. Andai seseorang itu lebih terang dari orang lain, maka setiap patah kata dan setiap renungan itu akan mengalahkan pihak lain. Cahaya itu digunakan untuk tujuan baik, bukan negatif. Bukan senang untuk berkomunikasi sesama manusia tanpa suara, dalam satu jarak tidak lebih dari 8 langkah tapak kaki. Bagaimana terbentuknya cahaya itu? Soalnya, manusia kejar kerjaya 8 jam, kejar keluarga, dan hidup seperti manusia yang telah ditetapkan setiap manusia. Kerja, pulang, makan, tidur, bangun, pergi kerja, pulang dan tidur diulang-ulang sama maka manusia itu tak akan dapat cahaya. Kepada yang memerlukan cahaya ini, mereka harus pesong sedikit dari semua ini, perlukan ketenangan paling halus dalam jiwa. Melihat pergerakan alam secara perlahan, maka jiwa setiap manusia itu dapat berkomunikasi dengan kita walaupun suara itu tidak dengar. Manusia tidak tahu di mana letaknya jiwa? kita harus tahu mana letaknya, dan kita harus memandu jiwa kita ke arah cahaya yang dimiliki dan mengunakannya untuk tujuan kebaikan. Setiap manusia ada roh, jiwa dan jasad. Roh itu berbicara bersama tuhan, jiwa itu berbicara sesama manusia, jasad itu berbicara melalui percakapan dengan manusia melalui lontaran suara. Tapi yang paling abstrak ialah bagaimana berbicara dengan jiwa ke jiwa manusia lain? Soal ini dijadikan satu isu penting manusia masa depan kini berusaha ingin membantu kita untuk berbicara dengan mereka melalui jiwa ke jiwa dalam mimpi namun gagal. Bukan semua manusia dapat laksana, hanya 10% di planet Bumi sahaja dapat laksananya. Bila berbicara malalui jiwa ke jiwa, dahi kita akan diransang dan seolah-olah sesuatu bergerak ke depan mengarah ke tepat dahi yang ingin kita berkomunikasi. Jiwa itu akan menghantar pesanan melalui medium ilham, dan perkataan yang membentuk imej di hadapan mata. Mata harus tutp dan fokus ke arah manusia itu. Jikalau buka mata, maka fokus itu harus tidak diganggu oleh persekitaran lain. Manusia masa depan ini senantiasa memantau kita, tidak perlu takut kerana niat mereka baik. Kembali kepada Mahfuzah, nama ini memang selamat di dengar. Bila berbicara bersamanya, akan rasa selamat dan sentiasa senyum dalam jiwa kerana kita tahu hidup kita sentiasa selamat dari ancaman. Moga Mahfuzah sentiasa hadir dalam hidupku dan terus memberi cahaya restu kepadaku untuk terus berjaya. Manusia masa depan juga pernah memberi pesanan bahawa suatu hari nanti kolam renang di dunia ini akan sama rata dengan air laut. Maka manusia yang ingin berenang, bukan berenang di dalam air kolam ciptaan manusia, tetapi berenang di dalam air kolam yang ditindas oleh ciptaan alam, saat itu manusia akan hidup lebih tinggi dan bangunan akan mula berlapis tingkat kerana elak dari air laut yang akan berdiri sama tinggi bersama taraf manusia atasan, sederhana, dan bawahan. Planet ke-11 kembali dengan satu ciptaan manusia mereka yang ingin mereka wariskan kepada kita di planet Bumi, iaitu berbicara dalam jiwa ke jiwa. Manusia Masa Depan merupakan ciptaan manusia kini. Mereka wujud sebelum kita manusia kita wujud, cahaya mereka jauh berbanding kelajuan cahaya kita. Kita cuma menciptanya, mereka akan datang satu per satu, hari ke hari. Mereka kini beratur di depan kita.

Contoh: Jam 8.00 malam : Duduk LRT
8.30 malam : Tiba di LRT Ampang.

WAKTU 8.oo malam ketika A1 ingin membeli tiket ke LRT Ampang, Maka A2 sudah berdiri di satu titik menunggu A1 melangkah. Formula ini adalah sama setiap saat yang bergerak, aktiviti manusia yang sedia ada.

Setiap saat dicipta manusia, andai ia tak dicipta maka bukan kita yang hidup di bumi ini, hanya jasad yang hidup tanpa jiwa yang tentu. Andai A1 ingin ke Ampang, tiba-tiba berubah fikiran dan ingin ke Masjid Jamek, maka A2 akan lenyap dan seterusnya perjalanan hidup A1 untuk A2 akan terpesong ke A3 yang menunggu di Masjid Jamek.
Jadi setiap perubahan keputusan akan mempengaruhi masa depan. Andai kita mencipta, maka setiap manusia masa depan akan mula terpesong sehingga manusia masa depan melihat kita lebih pintar dari mereka dan sukar mereka ingin jejaki langkah hidup kita. Manusia biasa, mudah dijejaki langkah hidup kerana perjalanan hidup mereka ialah A1 hingga A seterusnya. Tapi sebaliknya, sukar dijejaki ialah A1 hingga Nombor dan masa yang sukar ditentukan manusia masa depan. Setiap kali terpesong, maka masa depan kita akan berubah. Andai statik, maka kita hanya manusia biasa. Kita akan tunggu siri seterusnya bila Manusia Masa Depan mula mencipta alat komunikasi lebih cangghi dari handphone kepada manusia kita. Harap-harap manusia masa depan akan hadir setiap malam ketika manusia lelap mata. Aku menunggu kehadiranmu.
"Dalam gelap dikurung kuntum,
menunggu mekar,
Dalam mekar melihat mentari
menunggu layu,
Satu kitaran alam
berbicara dalam diam". -Aku Saksi Perkenalan Manusianya-
"MANUSIA Farah Alysia datang dari masa depan antara Manusia Masa Depan dicipta, mungkin sukar bagiku menerima setiap cahaya yang ada kerana perlu memahami setiap perkara yang ada, bukan kerana cinta ia berbeda, ini kerana hidup untuk menderita bersama-sama, teman seperjuangan selama-lamanya memerlukan bakti dan telus pengorbanan, bukan sekadar mainan cuma, bukan sekadar kata-kata, ia harus laksana bersama impian sukma".
KEWUJUDAN Mahfuzah memberi perasaan selamat restu kembali ke pangkuan jalan hidup bersama, andai tidak memikirkannya maka ia datang tak diduga, pergi tak disangka, dan kembali selama-lamanya untuk kali terakhir berjumpa
&
Kali terakhir untuk selama-lamanya bersama
mencipta MANUSIA MASA DEPAN PLANET KE-11

0 ulasan: