Sabtu, 12 September 2009

MANUSIA MASA DEPAN KEMBALI



Gambar Atas: Orbit Nibiru (garisan merah) yang berbeza dengan planet lain


MANUSIA MASA DEPAN MEMINTA SEDEKAH WAJAH.

GARISAN MERAH satu petanda garisan berlingkar bulatan menandakan aku harus berhenti. Tidak boleh melangkah masuk kawasan itu, hanya melihat mereka di belakang garisan merah. Itulah satu kawasan yang mereka sedang berusaha membina rumah kediaman aku. Aku tidak boleh menjejaki kawasan itu selagi rumah itu belum siap dibina. Itu rumah sedekah wajah dari manusia masa depan sebagai satu penghargaan kepada aku. Ramai lagi manusia planet Bumi akan ditempatkan di sekitar kawasan penghuni Bumi JC9 planet ke-11. Aku pulang ke daratan asal aku. Di satu sudut aku menoleh, dari satu bilik ke satu bilik, dari satu rumah ke satu rumah. Lihatnya, mereka tidak perlu mengetuk pintu. Satu per satu duduk di sisi katil manusia, posisi tidur manusia meminta sedekah. Mereka meminta sedekah bukan kerana ingin kaya, tetapi ingin selamatkan manusia zaman kini. Ramai yang menganggap semua ini berlaku sekadar mimpi sewaktu tidur, tetapi perkara ini benar-benar berlaku. Manusia masa depan akan mengambil wajah kita dan membentuk imej mereka. Setiap penghuni planet bumi akan wujud 2 wajah di Planet ke-11. Manusia masa depan ini menangis satu per satu, dari bilik ke bilik meminta izin manusia namun tidak ada satu yang memberi responsi. Hanya satu manusia yang memberi responsi, mungkin dia seorang manusia yang melihat sesuatu objek persekitaran bumi bergerak lambat. Di sini, manusia itu akan di bawa ke planet ke-11 untuk bersiar-siar bersama seorang puteri yang menjadi teman setiap manusia. Puteri Cornogola namanya.

Tanggungjawabnya ialah untuk membawa manusia pergi ke planet mereka lebih laju dari cahaya kemudian membawa pulang ke tempat asal manusia. Di sini dia lihat sekitar kawasan planet ke-11 yang masih tidak lengkap dan masih dalam proses pembentukan. Tanah yang tidak seimbang, air yang bergaul bersama lumpur dan makanan-makanan yang bergaul dengan udara membentuk satu molekul besar yang dapat disedut masuk sebagai oksigen, makanan untuk mereka hidup.

Cara untuk ke planet ke-11, kita harus singgah di planet ke-10 dan masuk ke sebuah kawasan gelap, di situ wujudnya satu cahaya biru. Cahaya itu harus disentuh, kemudian kita akan dibawa masuk ke Planet ke-11. Ramai pihak saintis tidak tahu untuk ke planet ke-11 sedangkan planet ke-11 terletak amat jauh dari lingkaran orbit. walaupun 10 , 11 jurangnya hanya 1 , tetapi jarak cahaya adalah sembunyi. Jauh dan jauh sehingga sukar ditemui. Pihak saintis hanya jejak imej planet ke-11 tetapi amat sukar mereka ingin sampai. Perjalanan ke sana harus ditemani Puteri Cornogola.

Sebenarnya apa yang manusia masa depan nak daripada kita? Mereka sahabat kita sejak dilahirkan atau merekalah yang senantiasa memerhati kita selama ini manusia bertempat di bumi? Mungkin belum tentu masanya lagi mereka dapat berkomunikasi dengan kita secara terbuka. Hal ini wujud kerana teknologi manusia semakin meningkat dan ramai manusia yang menganggap teknologi itu satu kelebihan dalam dunia ini, bagai langit dipuja. Namun, perkara remeh seperti semut bergerak, angin bertiup dan seperkara jalan ini tak akan mereka lihat. Di sini manusia ada kebenarannya tidak bersedia untuk perkara ini lagi. Menurut kalender manusia Mayan, berpendapat tahun 2012 planet ini akan diancam fenomena tak dijangka. Berkemungkinan, saat itu ramai yang mati, manusia kaya di pindahkan ke Planet ke-10 dan manusia miskin akan diabaikan. Masa itulah, manusia miskin akan lebih kaya tidak perlukan harta untuk hidup, mereka cuma perlukan keikhlasan dan cerah hatijiwa untuk sampai ke Planet ke-11. Tingkap yang dilihat di sisiku, mata terbuka sedar separuh melihat cahaya amat terang berbentuk garisan. Warna keemasan masuk melalui tingkap. Tidak kutahu apa sebenarnya mereka sedang lakukan. Cahaya itu cantik bagaikan sinar matahari di waktu malam, wujudkah sinar di malam hari? kepastiannya, inilah aktiviti dan usaha manusia masa depan melakukan terbaik untuk sekelompok manusia di setiap kawasan planet Bumi. Hasilnya, kita harus mempercayainya kewujudan mereka, andai tidak mereka mungkin mencari manusia lain yang segaris bersama mereka.

Setiap malam di planet Bumi, di atas langit setiap kawasan akan diawasi oleh sebuah angkasa lepas. Kapal angkasa itu sukar dilihat, dan setiap kali manusia tidur, mereka akan mula menarik segala tafsiran dan pemikran manusia. Namun, untuk melihat kapal angkasa itu kita harus tunggu saat kapal itu mula berlepas dari planet bumi kemudian memasuki ruang lubang hitam. Di saat itu akan adanya satu cahaya berbentuk bola, warna seperti cahaya bintang tetapi jingga sedikit. Warna itu akan semakin berjauhan, dan terus padam. Tapi amat sukar menunggu saat kapal itu berlepas. Satu perkara buruk ialah, kepada manusia yang lihat kapal itu berlepas, maka objek atau penjaga dalam kapal angkasa itu akan tahu siapa yang lihat mereka. Mulai saat itu, mereka akan mula berkomunikasi bersama dia.

Setiap kali manusia tidur, maka akan hadirnya manusia masa depan. Sudah dilihat, mereka meminta sedekah wajah. Tapi, akan datang lagi apa yang mereka akan lakukan? Apa yang pasti rumah aku dalam proses pembinaan. Akan siap bila tiba masanya nanti, jadi aku akan pulang ke sana bersama dia. Selanjutnya kita akan lihat dan mula menjejaki siapa Manusia Masa Depan dengan lebih mendalam. Akan tunggu bila malam menjelang, pagi tiba jam 4 pagi.

_____________________________________________________________
GARISAN MERAH MEMISAHKAN MANUSIA MELALUI MIMPI
GARISAN MERAH MEMISAHKAN BUMI MELALUI ORBIT NIBIRU
____________________________________________________________

ALLAH SWT telah menciptakan banyak bintang di alam semesta dalam kuantiti yang tidak terbilang selagi dikehendakiNya. Dari pandangan sains astronomi, gugusan bintang ini diberi nama galaksi nama 'galaksi'. Terdapat banyak galaksi yang hanya ALLAH saja yang tahu jumlah sebenarnya.Salah satu daripadanya adalah galaksi di mana bumi kita berada di dalamnya yang diberi nama 'bima sakti'.Dengan kuasa ALLAH diciptakanNya pula objek langit dan planet berputar mengelilingi matahari mengikut orbit yang tersusun. Kumpulan planet yang bergerak mengelilingi matahari, diberi nama pula Sistem Suria (Solar System). Begitu pula dengan galaksi lain yang memiliki pusatnya sendiri. Putaran planet terhadap pusat galaksi secara tersusun ini kemudian diistilahkan sebagai 'orbit'.Pakar-pakar astronomi menyatakan kini sudah banyak planet yang berputar secara berbalik arah, jika di planet bumi kita ini matahari masih terbit dari arah timur, maka beberapa tahun ini terdapat fenomena baru yang di dalam pemantauan ahli astronomi ini planet lain sudah mulai berbalik arah dan matahari terbit dari arah barat. Dari sisi ilmiah, inilah pertanda akhir zaman mendekati kiamat, sebagaimana petunjuk dari Nabi junjungan kita, Muhammad SAW. Dalam kekalutan memantau berterusan pergerakan planet-planet yang telah berlawan arah ini, mereka menemui satu planet baru yang di beri nama Planet Nibiru (ada yang panggil Planet X.Pada zaman Mesopotamia dan pada era kegemilangan kota babylon yang diperintah oleh raja Nebuchadnezza terdapat satu dongeng tentang planet yang ke12 (termasuk matahari dan bulan) didalam sistem solar kita yang sekarang dkenali sebagai Planet X.

Planet X ini dikenali sebagai Nibiru atau Tiamat dipercayai mempunyai dua orbit tidak seperti planet yang lain yang mempunyai satu orbit sahaja.Dikatakan didalam skrip (batu bersurat) Cuneiform setiap 3600 tahun, Nibiru akan menghampiri ruang orbit diantara bumi dan bulan. Pada pertengahan tahun 2003 telah terdapat khabar angin Nibiru telah melalui sistem solar dan menghampiri bumi. Jika berlaku, planet Bumi akan berhenti mengorbit selama 3hari. Catatan ini juga terdapat didalam lagenda Hopi dan epik kaum Maya. Namun sekarang ia tinggal tanda tanya kerana kita sudahpun mencapai tahun 2006.Gambar Atas: Orbit Nibiru (garisan merah) yang berbeza dengan planet lainNibiru ini ditarik oleh daya graviti matahari yang besar dalam sistem suria kita, sehingga kemudian ia masuk ke dalam orbit planet-planet dalam keadaan berlawanan arah, dan suatu masa nanti Nibiru akan bertembung dengan bumi. Para sainstis meramalkan 50 tahun lagi Nibiru ini akan memasuki orbit sistem suria kita, sejak ia ditemui pada tahun 2003. Dengan kata lain, kehancuran bumi bakal terjadi pada tahun 2053? Ada laman web yang menyatakan pertembungan ini berlaku pada 2012. Dari segi sains, pembolehubah-pembolehubah yang terlibat adalah dinamik dan boleh berubah ubah. Atau adakah ini adalah kiamat yang disebut dalam Al-Quran?


ALLAH Maha Berkuasa atas segala-galanya.Lintasan Planet Nibiru ke dalam sistem suria dikatakan bakal memberikan impak yang dahsyat di bumi. Gempa-gempa bumi terkuat dalam sejarah manusia moden akan terjadi ketika ini. Setelah bumi bergerak sejajar dengan medan magnet Nibiru, gempa bumi berskala lebih 9 skala Richter akan berlaku dan akan dirasai banyak tempat di dunia. Ketulan ais di kutub akan terbelah dan mencair, meningkatkan aras air laut sehingga menenggelamkan banyak tempat di dunia. Gelombang tsunami raksasa juga dijangkakan akan berlaku pada masa tersebut.Gangguan elektromagnetik yang berlaku di planet-planet lain dalam sistem suria ketika ini juga dipercayai disebabkan oleh graviti Nibiru. Perubahan cuaca yang agak ekstrem ini juga dipercayai berpunca daripada ketidakstabilan gelombang elektromagnetik bumi akibat pengaruh Nibiru. Namun, kita sebagai rakyat Malaysia yang masih mentah dalam astronomi tidak mengetahui dan tidak didedahkan dengan pengetahuan tersebut. Walaupun, kita sudah ada angkasawan, namun, kita masih terlalu muda untuk melibatkan diri dalam sains angkasa lepas.


Kita hanya disuapkan dengan fenomena pemanasan global dan perubahan cuaca dunia yang disebabkan oleh aktiviti manusia sendiri. Walhal, pengaruh luar bumi juga turut menyumbang kepada fenomena ini.Kestabilan medan magnet bumi yang dipengaruhi oleh matahari akan terganggu oleh lintasan Nibiru. Pergerakannya memasuki sistem suria menyebabkan suhu teras bumi meningkat secara mendadak akibat adanya pertambahan gerakan berputar di dalamnya. Ketika teras bumi cuba mencapai keseimbangan bagi perubahan mendadak dalam sistem suria, keadaan ini akan menghasilkan kesan sampingan yang teruk antaranya perubahan cuaca yang tidak stabil dan meningkatnya aktiviti gunung berapi seperti yang berlaku sekarang.Peningkatan suhu teras bumi mengakibatkan peningkatan berkala pada aktiviti seismik dan gunung berapi. Gempa bumi pun sering terjadi. Daerah pegunungan diancam bahaya lahar. Kepanasan dari teras bumi bumi diserap oleh mantel dan akhirnya kerak bumi mengakibatkan peningkatan suhu dasar laut. Air laut yang semakin panas akan merubah pola arusnya, taburan hujan berubah dan pola-pola meteorologi terganggu.Adakah keadaan ini membawa kepada kejadian kiamat? Allah SWT telah berfirman banyak kali dalam Al Quran yang menjelaskan betapa dahsyatnya kiamat. Seperti di dala Surah Al-Waqiah ayat 1 hingga 6 yang bermaksud:Apabila terjadi hari kiamat, tidak seorangpun dapat berdusta tentang kejadiannya. (Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain), apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya, dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya, maka jadilah ia debu yang berterbanganJika benar pertembungan ini yang memulakan kiamat, maka itu ALLAH SWT jualah yang menghendakinya.Dan jika makluman ahli sains angkasa itu salah, maka hendaklah kita jadikan renungan dan iktibar. Marilah kita muhasabah diri kita. Kita diminta oleh Rasullullah SAW untuk membaca, memelihara dan menyebarkan Al Quran. Perkara kiamat adalah ketentuan Allah yang mutlak dan pasti akan berlaku. Yang penting bagi kita adalah bersedia untuk menghadap ALLAH. Adakah deriaku telah bersedia?

0 ulasan: