
MANUSIA MASA DEPAN (SIRI KE-5)
BULLAFIDAH & SELUMDIAH, SIAPAKAH MEREKA BERDUA?
BULLAFIDAH berkata, aku bukan hambamu dan segala arahan yang disenaraikan harus anda semua laksanakan. Bukan aku yang paksa, semua ini telah nyata dan manusia sahaja yang buta kerana tidak ada jiwa cahaya.
Kali ini, kali ke-5. Sudah 4 kali Manusia Masa Depan tampil di blog ini. Sudah 2 hari manusia masa depan tidak hadir. Mungkin aku terlepas pandang mereka, ataupun aku tidak berada dalam jiwa yang tenang untuk bersedia melihat kehadiran mereka. 2 hari ini aku bersama dia menonton Filem Knowing. Filem ini secara tidak sengaja telah membuatkan aku terkejut atas kewujudan plot-plot cerita seolah-olah mengangkat manusia masa depan. Penulis skrip lakon layar filem ini berkemungkinan juga salah seorang manusia di atas bumi ini yang dipilih untuk menyampaikan mesej kepada penonton melalui filem. Lakaran, lukisan, imej, dan jalan cerita yang penuh misteri dan menakutkan itu seolah-olah pernah hadir dalam hidup aku ini. Tidak jauh jurangnya, tapi bila menonton filem ini; bulu roma mangangkat tubuh. Aku menonton sambil kaku mata melihat cara penyampaian dalam filem itu. Bagaimana seseorang penulis dapat terfikir membuat cerita itu? Bagaimana mereka dapat melukis grafik yang tidak pernah dilihat dan dipertikaikan? Begitu jauh pandangan mereka dalam filem ini.
_______________________________________________________
SETIAP GARISAN DOA TIDAK KIRA AGAMA BUDDHA, ISLAM, HINDU, KRISTIAN, ANIMISME DAN AGAMA LAIN SEJAJAR TAK MENENTUKAN MANUSIA ITU SENDIRI, PERLAKUAN DI ATAS TAPAK BUMI MENENTUKAN SETIAP PEMIKIRAN YANG BAKAL DITAFSIR OLEH MANUSIA MASA DEPAN DARI PLANET KE-11. MEREKA SEDANG MEMERHATI KITA DI RUANG ANGKASA SETIAP KALI KITA MENDENGAR PANGGILAN 'TIDURLAH AKU'.
_______________________________________________________
SIAPAKAH BULLAFIDAH & SELUMDIAH HADIR BERBICARA?
Dua nama ini wujud tanpa diduga. Segala tidak terancang dan ia hadir tiba-tiba mengatakan mereka amat penting untuk masa depan. Mungkinkah mereka tergolong sebagai manusia masa depan? Jarang-jarang nama ini dipertikaikan di atas kajang. Kini mereka wujud dan berbicara bersama anda di sana, mungkin ketika membacanya di belakang anda sedang diperhati mereka dan mungkin ketika membaca, minuman anda seperti milo, kopi atau makanan ringan sedang disentuh oleh mereka. Sentuhan manusia masa depan ke atas makanan dan minuman mungkin menyebabkan darah manusia itu akan lebih bersih. Manusia masa depan cuba membantu kita menjauhi segala penderitaan hidup. Antara manusia planet bumi yang mudah melihat mereka ialah kanak-kanak, warga emas 80 tahun ke atas, dan golongan manusia kurang upaya seperti buta, pesakit kronik dan pesakit lain. Golongan buta, sebenarnya mereka itulah satu kelompok besar yang sudah ditemani manusia masa depan di sisi mereka. Sering kali aku bertemu dengan manusia seperti ini, cara percakapan mereka lain. Walaupun mereka buta, tetapi mereka ada dialog dan bahasa tersendiri yang masih kita sukar dapat anugerah itu. Andai kita terpilih, maka setiap diantara mereka akan memberi kita satu penghargaan. Penghargaan itu amat berguna untuk aku. Mungkin sebagai identiti, aku milik manusia masa depan.
Bullafidah, lelaki ataupun wanita? Selumdiah, lelaki ataupun wanita? Sukar membezakan. Dengan nama sahaja, mereka berdua amat ditentukan gender mereka. Mungkin inilah kekuatan dan keistimewaan manusia masa depan. Nama, gender, agama, wajah, makanan, cara hidup, dan segala aktiviti amat sukar dilihat dan ditentukan manusia kini di atas planet bumi. Planet ke-11 memang sebuah planet masih belum wujud sepenuhnya, masih dalam pembentukan. Namun manusia masa depan ini telah wujud dan tinggal di planet ke-11, hal ini bermakna manusia masa depan ini datang lebih jauh masanya dari masa yang ada, masa selaju cahaya. Manusia masa depan ini sudahpun miliki planet ke-11 sedangkan ia masih belum dibentuk. Ertinya, setiap kewujudan sudahpun wujud dan kekal di mata manusia cuma kita menunggu masa untuk berada dalam vakum masa. Mungkin setelah anda membaca blog ini, setelah itu anda tidur, kemudian hadirnya mimpi aneh seolah manusia masa depan memanggil? atau esok hari, anda mengenali seorang manusia baharu, kawan baharu ataupun melalui setiap saat baharu. Inilah masa depan. Masa yang belum kita lihat dan berada dalam saat masa itu berdetik. Setiap saat melambangkan masa depan, tetapi apakah yang ada dengan Manusia Masa Depan? Adakah pemimpin kita akan datang? Siapa yang akan meninggal dunia? Bayi kita yang bakal dilahirkan? Bencana alam akan berlaku? Semua ini ialah peritiwa masa depan. Adakah bayi ialah manusia masa depan kerana setiap kelahiran manusia atas bumi ini akan dewasa menjadi manusia? Sukar ditentukan semua ini kerana waktu ini manusia masa depan tidak hadir bersama aku. Aku hanya bersama dia berbicara, di sini harus wujud 3 identiti sebelum memastikan manusia masa depan itu benar-benar wujud. Olahan bahasa dan setiap kata-kata juga berbeza. Andai aku dan dia, maka kata-kata itu dapat dipastikan, andai manusia masa depan wujud maka kata-kata itu sukar ditafsir dan sukar untuk berbicara bersama manusia kini di atas planet Bumi. Setiap di antara kita dari kelompok bayi hingga dewasa, hingga tua akan ditemani oleh manusia masa depan. Manusia masa depan tidak bersedia untuk berhadapan dengan kita lagi. Dalam siri ke-5 ini, tidak dapat melakarkan aktiviti-aktiviti dan kerja manusia masa depan di Planet ke-11. Mereka tidak hadir beberapa hari ini. Aku harus menunggu dan menenangkan hati sebelum hadirnya puteri Cornogola.
Setahu aku, Planet Ke-11 tidak ada makanan, tidak ada air yang bersih, hidup di bawah sebuah kawasan air terjun, air terjun berlumpur dari satu lubang ke lubang lain, di atas planet dilihat sunyi, tidak ada manusia. Pihak saintis menganggap planet itu tidak dapat tinggal. Tapi, di bawah lapisan planet, wujud tempat tinggal amat cantik, berteknologi yang memantau setiap sistem pemikiran makhluk. Manusia di bumi antara salah satu pantau mereka. Udara di plenet itu sebagai makanan, minuman. Hidup di sana, tidak ada agama, semua yang tinggal di sana adalah serata dan tidak ada beza-beza. Pentingnya ada cinta dalam jiwa sendiri yang bergerak perlahan bersama nadi. Mereka jugak tidak akan mati, hidup selama-lamanya. Apakah mereka akan lakukan selama-lamanya? apa kerja mereka? kita akan tunggu dan lihat setelah aku diizinkan oleh Cornogola untuk memegang tangannya bersama kristal pernah aku miliki. Itulah salah satu alat yang ditinggalkan manusia masa depan, zaman dahulu lagi. Pusaka itu hanya ada 6 sahaja di dunia ini, manusia mana yang memiliki pusaka ini dapat menjelajahi dunia tanpa wayar dan teknologi, dapat melawat mimpi manusia lain, dapat berjumpa sesama manusia semasa tidur, dan dapat pergi sejauh mana yang kita ingin pergi. Itulah, Planet ke-11 sukar untuk sampai kerana berada di luar orbit, hanya melalui Cornogola dan kristal pilihan yang diberika oleh mereka kepada manusia bumi, akan dapat segala keistimewaan ini untuk melihat dunia dan jauh dari dunia. Andai aku pergi meninggalkan jasad ini, maka di planet ke-11 aku bertempat. Tidak ingin melihat manusia di planet Bumi lagi, kerana tidak ada siapa-siapa milik aku. Aku bukan milik siapa-siapa di planet manusia. Moga aku pulang dan mengungkai lebih lagi tentang Manusia Masa Depan.
"Aku sudahi dengan lafaz bunatia sisua kie radiubava bivocixu tokifa zuier20xef. Epo pihaceseo".
0 ulasan:
Catat Ulasan