Selasa, 2010 Ogos 31

MENJAUHI SILAM


MASA ITU MEMANG EMAS bila kita imbas kembali apa yang telah kita lakukan sebelum ini. Sepurnama bulan ogos telah berlalu dan saya juga menjauhi blog ini 'sementara waktu' atas kerana mencari, berusaha dan berperang jiwa mencipta masa depan saya untuk diri saya dan bakal keluarga saya dalam beberapa tahun nanti. Sebulan ogos, dan bulan sebelum ini saya berperang dengan kerjaya. Mencari kerja yang sesuai dalam bidang yang saya belajar di aswara. Apa yang berlaku saya tidak dapat kerja yang saya nak, walaupun telah berusaha menghadiri temuduga, tapi tak ada 'reply' dari mereka. Setiap kali hadiri temuduga, akan saja kita dengar
"kita akan call encik dalam seminggu untuk tahu jawapan"
Tapi perkara ini memang tak berlaku. Kalau mereka tak nak kita, mereka tak akan bazir bil telefon untuk call kita. Perkara ini memang membuatkan saya tunggu-tunggu dan melompat temuduga dari ntv7,the star,bernama, radio24,berita harian, NSTP, Utusan, nuffnang, UNIQLO kedai fesyen pakaian jepun, jadi cikgu tuisyen, malaysiakini, rtm, dan beberapa syarikat yang membuatkan saya semakin jemu menghadiri temuduga memakai pakaian segak, tali leher dan hadiri sambil menunggu.

YANG PALING dasyat bila kita hadiri temuduga kerajaan baik separuh kerajaan. Kita tak akan jumpa siapa-siapa bila tiba masa temuduga, ini pengalaman saya ketika hadiri temuduga di radio24 bernama. Saya masuk saja, 10 calon termasuk saya akan masuk dalam satu bilik. Kita akan diberi kertas ujian, seolah kita sedang buat exam STPM. Tanya pasal kenegaraan, mata wang dunia, juara sukan bola, pemimpin negara-negara PBB, sempadan dan apa yang berlaku masa kini, dulu, sejarah, dan hal kabinet, nama & jawatan menteri dalam parlimen dan macam macam lagi. Apa yang lebih DASHAT ialah, resume mereka ambil dan 10 calon yang masuk akan keluar menunggu result sama ada kita layak hadiri temuduga kali ke-2 bersama muka ke muka. Jawapannya
"encik dan kalian 10 ini, boleh pulang dan cuba lagi lain kali"
kami semua yang masuk , tak layak dapat kerja sebagai wartawan, peneraju, DJ kerana kami ada pengalaman kerja, tapi tak ada pengalaman 'BUKU'.

Ada pula kerja yang akan lihat pengalaman kita sebelum ini, tapi yang pelik, mereka juga melihat di mana kita sebelum ini dan akan mempengaruhi organisasi mereka atau pun tidak dalam isu-isu negara, politik dan lain-lain. Mungkin banyak yang mereka hendak menilai.

Ada juga nak melihat cara kita bersosial dengan mereka, betapa mesranya kita semasa temuduga. Ada juga nak lihat kita serius semasa temuduga kerana jawatan itu memerlukan orang yang serius.

Ada juga interview seronok dan letakkan kita macam perpustakaan, nak buku baru ambil dan lihat bolehkah baca? ini kes KIV, ertinya kita dimasukan dalam kategori reserved.

Sementara menungggu saya kerja di kenny rogers berjaya time square KL. Makan quater meal ayam free sebab kita semua staff akan dapat 1 meal free. 2 minggu makan ayam dan bawa pulang muffin banana, coklat, vanila. 2 minggu kentut pun berbunyi ayam. Saya terus resign dan cari kerjaya yang lebih dekat dengan jiwa saya. Kerja di kenny rogers saya da pengalaman juga ketika dulu di sushi king, mereka nak saya teruskan jadi manager kenny rogers, tapi buat apa kan? belajar bidang seni, keluar-keluar jadi pelayan dai 10 pagi hingga 12 malam. Sabtu ahad kerja. Setelah itu, saya terus menganggur dan buat shooting untuk mySTORY astro sebagai minat saya dalam dunia seni ini semarakkan seni dalam 1Malaysia sempena kemerdekaan ke-53. Selesai juga shooting 'Bahasa Bunga Raya' yang kini sedang disiarkan di channel 318 astro MySTORY. Lepas itu, saya bantu sahabat istimewa saya shooting liga remaja kreatif. Pertandingan itu hanya untuk pelajar sekolah menengah, dulu time saya mana ada teknologi jalur lebar, jadi saya nak dia juga berjaya seperti saya supaya nanti kitan dua setaraf membina masa depan. Kesimpulannya, kami berjaya siapkan dalam ogos ini. Setelah itu, saya masih ragu-ragu tiada kerjaya. Yang terakhir, saya ambil kerja sebagai promoter nama cantik 'retail asiociate' di syarikat uniqlo JEPUN yang baru dibuka di depan pavillion; entah nama mat salleh mengumpan ramai yang pergi temuduga, gaji basic rm1600, bagi saya ...kalau masih tak ada kerja, ini kerja pun sapu lah saya kalau nak terus hidup. Mak kata, kalau masih tak ada kerja hujung bulan ogos ini, saya kena balik penang selama-lamanya dan cari apa apa kerja yang sesuai dan mampu hidup saja, pendamkan saja cita-cita nak jadi karyawan seni.

MENJELANG ogos 30 , 2010: saya diberi peluang untuk hadir temuduga lagi di syarikat VHQ iaitu bidang post production, dalam animasi, iklan, tv, drama dan bidang seni. Apa yang saya rasa dan feel dalam company ini, saya diberi satu peluang, keyakinan dan satu 'perasaan' yang saya boleh berdiri dengan cemerlang membina masa depan saya dalam 5 tahun akan datang di sini. Saya juga berterima kasih kepadanya kerana akhirnya memberi satu ruang untuk saya membina masa depan, dan mencipta kejayaan dalam diri, dalam syarikat ini dan sekaligus memberi saya satu ruang untuk kembali berkarya setelah beberapa bulan saya sunyi sepi tiada bicara. Kali ini saya graduan aswara dalam penulisan lakon layar 'filem' dan saya juga diberi peluang menulis dan terbit skrip sendiri. Walaupun tempat ini bertapak di atas bukit damansara, saya bersedia untuk berkhidmat di sana sebagai satu universiti dalam saya ini bermula sem 1 dalam syarikat belajar selok belok dan berguru dengan seorang head producer. Thanks akak kerana percaya dan beri saya keyakinan dan sokongan senantiasa. Company ini walaupun bertapak di atas bukit, tapi mempunyai cawangan di indonesia, singapore dan lain-lain tempat di luar negara. Kali ini, saya mendapat jawatan asst.producer dan akan belajar banyak perkara yang mencabar diri saya untuk lebih melihat watak-watak dinamik manusia. Pada mulanya, tempat itu sangat jauh tapi dengan ada minat; saya bersedia bangun awal 4 hari ini untuk berlatih seolah-olah saya pergi kerja tapi sampai saja sana, saya makan breakfast dan online di sana dgn laptop saya. Sempat lagi sejam sebelum masuk kerja jam 9. masalah pulang, tidak perlu risau, kerana saya sudah pun menjelahjahi tempat sana, dan saya sedia bersukan turun bukit dan naik bukit kalau tiada pengakutan rapid bus.

TIADA PENGANGKUTAN ke tempat kerja, saya diperketawakan? APA MOTIF DAN GILANYA manusia saling ketawakan saya kerana tiada kereta dan walaupun ada lesen motor tapi x berani naik motor ke tempat kerja? Kalau saya naik motor, nyawa saya akan pendek pada bila-bila masa sahaja, dan kereta? Rasanya bukan tiba masanya lagi saya membeli kereta dan ambil lesen kereta. Syarikat memerlukan kepakaran kita, tak pentingkan kereta kita sebesar mana, dan sehebat mana, Yang penting kita tiba tempat kerja ON-TIME. Saya rasa dengan guna public transpot, diri kita akan lebih disiplin kerana atur dan manage jadual kita, time tidur, bangun dan kejar masa untuk sampai ke tempat kerja. Lagi pun dengan naik LRT, bus, jalan kaki, naik bukit, turun bukit, saya juga lebih sihat jantung dan boleh melihat persekitaran, gelagat manusia, manusia OKU melintas jalan, kucing cari makan tepi longkang, burung mengucap selamat pagi kepada kita, dan banyak lagi. Semua inilah yang akan bantu saya lebih berkreatif dan berkarya. Tapi dalam masa akan datang bila dah bersedia, akan saya beli juga kereta kerana dokumen takutkan basah bila hujan lebat, nak hadiri lokasi shooting, lebih-lebih lagi tak nak basah kuyup bila sampai ofis.

Tapi buat masa ini, saya tak kisah siapa nak gelak kan saya, kerana saya berpegang teguh dengan prinsip saya. Yang penting kerjaya saya dapat diselesaikan dengan jayanya.

Kali ini hidup saya sudah berubah, bermula dengan bintang dan bulan pagi, dan berakhir dengan kicauan burung pulang ke pohon masing-masing. Tidur yang awal , dan bangun seawal jam 5pagi. Tapi, bila dilihatkan di luar KL - masa 5 pagi sudah agak sesak manusia menunggu bas, lrt. Kalau mereka boleh bangun, kenapa tidak saya kan?

Akhir sekali, sudah mula september 2010. Dengan azam baharu, saya akan mula berseni dan melahirkan karya yang lain dari yang biasa kita tonton di pawagam, dan kaca tv. Ku doakan moga direstui selalu, dan sentiasa menjadi seorang manusia yang bergenerasi kepada yang manusia baharu. terima kasih akak.

*bekerjaya dalam mimpi yang pernah anda mimpi adalah satu keberanian diri untuk menghayati, dan
beranilah mencipta masa depan selagi diri diberi kebebasan untuk mencipta,
ceburi kerja dalam minat yang kita suka amat berlainan dengan menceburi kerja dalam kerja yang kita tak minat terpaksa minat sehingga tua...
feel nya lain...
Be positive is the answer, and be strong! is the key of the secret of law & attraction.

akhir sekali saya juga merindui mama papa saya dan family di penang kerana telah lama setelah graduate tak pulang lagi ke penang, tiger saya mieow mieow...yg kurus, dan taman-taman pokok limau yg saya tanam,
dan
seseorang yang istimewa '29' di sana, semoga diri kamu juga berjaya dalam saat-saat genting ini menghadapi cabaran kertas-kertas uji dan menguji minda. ALL THE BEST 29.

Jumaat, 2010 Ogos 27

My time My year My era!


Religion make money, religion play politics, religion play body, religion can't ever fly like a pigeon. If you know the answer how to fly, then make your soul as your religion. Trust your shadow, build your shelter. There is no more religion that is better than human. Human took the place and role the 'words' and play ...the game. We are angel, learn to be with your guardian angel. he/she will love u, bow on you, This video is 'human' act. Not just she did it, you all and all humans do it for other acts in minor / major, forgiveness, nor non-forgiveness. -D.S Kueswin-

There is no more
religion in this era, don't tell me your religion is good. Religion is
in our own soul, our own mind and our own thoughts controlled by our Chakra. No more else higher than own
creation. Human's are complex body, we can be human, god, evil, joker,
fucker, and so else. Don't ever come and tell me your relig...ion story in
front of me. I'll kick your ass to the hell. -D.S Kueswin-

I am ready, taking challenge to control my shadow as my 2011 resolution. I will stand like a wind, fly like a bird and look like 'Brouniosortroy' behind the clouds.
-D.S Kueswin-

The sun is the power of shadow: If you're strong enough to control your shadow, stand up and read the mankind, and your shadow will bow on you, listen to your soul, voice, breath, and your silent weapon to control the enemy from harmless act.
-D.S Kueswin-

They are weapons, we are the bullets. If you let them took away the bullets, then we will die in their gun shot.
Never let your bullet let go to their hand. They are smart, but they
are not as brilliant as us to achieve success in our mother land. -D.S Kueswin-

Hidup ini selalu menguji kesabaran, dan membina kedamaian. Adakala rezeki tak datang, dan adakala datang kiri dan kanan, mana lah kita nak pilih? Dan adakala rezeki kabur yg tidak memberi gambaran bayang mahupun masa, yang menunggu hanya aku dalam diam.
-S.Tuahada-

Bukan setiap hari, hari senyum kita. Berilah peluang kepada hari sedih, dan hari yang gelap menakluki kita supaya kita dapat belajar dalam gelap dan kembali berjumpa dengan hari senyum yang bercahaya. -S.Tuahada-

‎"To write and to love, to loved is to wrote". S.Tuahada


Lipatkan minda anda, dan simpulkan pemikiran anda, pasti akan anda menjelajah melalui zaman, dan menjelajag masa depan dan masa dulu ketika anda sebelum tidur.S.Tuahada

BUAT APA NAK TIPU AGAMA SENDIRI? KITA ISLAM KITA TAHULAH KEWAJIBAN, KALAU TAK TAU TU- TU BUKAN ISLAM TAPI 'MALA''SI'
Tak kan ada berkat kepada mereka yang malas islam, jiwa tak akan tenang, maka perlakuan mereka bodoh seperti haiwan yang tak tahu berfikir kiri dan kanan.S.Tuahada

‎"sometime just wana create a mind time machine and travel through time. Posible if we has a strong mind." -anonymous-

Do not see the picture while your are listening to the song, as the picture will eaten up the melody of nice present lyric.-anonymous-

memandang ke arah depan tanpa hala tuju yang datang. Cuma direlakan dugaan yang pergi dan relaan yang datang. Takdir hadir sendiri dan pulang beridiri, di situ kita bukan manusia lagi kerana sesudah kapan menutupi isi. -S.Tuahada-

Sabtu, 2010 Ogos 21

SUNYI TANPA SUARA

Sudah beberapa hari suara yang pernah kudengar pendam semantara. Menunggu dan tiada suara yang dapat kudengar. Seolah-olah diriku manusia yang buta suara. Ada telinga tetapi tiada fungsinya. Kehidupan memanggilku untuk mencari, dan mencipta. Apa yang kucipta telahpun laksana, cuma menunggu saja.

SUARA itu tidak hadir dalam telingaku sudah 4 hari. Entah apa yang berlaku jauh di sudut bicara dan di atas hati yang pernah berjiwa. Mungkin kesibukan itu membuatkan dia laksana kejayaan yang wajib. Aku masih menguji tahap kesabaranku dan berjalan bersama masa menilai kesetiaanmu. Mungkin masih belum cukup masa membuktikan kesahihan dunia di usia sebegini rupa. Tapi kutahu, segala yang hadir ada bicaranya.

Kerjaya sini dan sana, menitik peluh yang ada tapi belum lagi kukuh tapaknya. Manusia muda masih tidak mengerti luka, mereka mencari luka yang parah untuk pulih semula. Tapi masihkah rupa itu licin seperti yang dulu? Aku tiada mata untuk melihat manusia masa ini, tetapi ada hati untuk melihat manusia masa depan yang bakal wujud sepenggal lagi.

Semalam, laut bergelora di sebuah kawasan bandar membuatkan manusia lari lintang pukang di sini-sana. Senjata menembak-nembak kepada makhluk yang turun tetapi mereka tiada luka, yang parah manusia yang mula membenci mereka. Matahari yang yang semakin marah, bulan yang semakin kelam di paksi sebaris memperlihatkan manusia mula menonggak kepala ke atas, tiba-tiba mereka mula turun dan berkuasa. Yang di atas golongan manusia tiada kuasa menghalangnya, teknologi manusia tidak sehebat mereka membuatkan kita parah sedalam-dalam yang belum pernah dilihat. Masa itu tahun panas, dan air laut bergelora.

Isnin ni hari penentuan dalam hidupku dalam kerjaya, penentuan memilih kerjaya seperti memilih pasangan kekasih yang bakal dilamar menjadi isteri. Apa yang nak diharapkan, saya bukan seorang penulis lagi di dunia cabaran ini. Saya hanya seorang penulis dalam dunia seberang. Tapi ku akan cuba berdiri bersama tiang yang kupacak itu.

AKhir sekali, saya masih menungggu suaranya kembali ke sisiku ini. 29 detik suara , itulah harapan yang dinaiki sebuah kapal ke sebuah negara ciptaan yang belum tentu sampai.

Jumaat, 2010 Ogos 13

DERMA KEPADA BANK BUKU




DERMALAH BUKU ANDA KEPADA BANK BUKU


KL Sentral sebuah tempat yang pesat dengan pertukaran tren antarabandar, di sini mempunyai sebuah Bank. Bank ini dipanggil Bank Buku. Bank buku ini terletak di tingkat 1 KL SENTRAL, di depan KFC. Apa yang paling menarik perhatian ialah banyak buku yang didermakan oleh orang awam dan tempat inilah yang memupuk semangat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Buku yang lama, dan tidak dibaca, digunakan lagi akan diderma di sini dan memberi peluang kepada pelajar dan orang awam lain untuk membacanya. Tidak kiralah buku jenis apa pun, yang penting kepada anda yang mempunyai niat untuk membuang buku, janganlah buang, derma kepada BANK BUKU.

LOKASI: KL SENTRAL (Depan KFC)
TINGKAT 1
KUALA LUMPUR

AMALKAN BUDAYA MEMBACA dikalangan kita!

Ahad, 2010 Ogos 01

FASA BAHARU dan USAHA SILAM

Sudah pun seminggu kuberjalan bersama masa. Benar sekali apa yang difikirkan oleh diriku, Masa depan tak akan wujud selagi diri kita tidak menciptanya. Tetapi, penciptaan masa depan itu haruslah seimbang dan tidak begitu mengharapkan, cuma sebagai gambaran sukatan yang bakal kita ketahui. Jumaat lalu, ku berpindah dari asia jaya ke Salak selatan. Harapan kerjaya di ntv7 menjadi saat penungguan yang tidak memberi ketepatan. Jadi, saya mengambil masa terluang ini untuk tidak memikirkan lagi, lebih lagi saya sudahpun mencipta; telah ditemuduga di ntv7, cuma masa sesuai sahaja untuk dipanggil ke kerja. Tapi sehingga saat itu tiada sebarang jawapan, ku mengambil langkah untuk pindah ke tempat asal bersama rakan universitiku ASWARA yang masih belajar. Ku tinggal di sana sambil mencari kerja di kenny rogers. Akhirnya, hari yang sama saya ditemuduga, dan dapat kerja itu. Menjadi kebiasaan 'hanya sementara' menunggu harapan yang lebih besar di kerjaya lain. Semasa temuduga, saya digalakkan untuk memohon jawatan level manager's disebabkan kelayakan. Tapi, saya bermula dengan partime dan memahami persekitaran terlebih awal. Sabtu lalu, cipta lagi pengambaran Mystory ASTRO- perkara ini merupakan paling bersejarah dalam hidup saya di mana pertama kali saya mengarahkan sebuah produksi video durasi 5 minit di Chow Kit. Tak sangka, semuanya berjalan lancar. Ada sedikit masalah teknikal, tapi sempat dibaikpulih semasa proses editing. Perkara paling sukar ialah mencari pelakon, dan berunding dengan pelakon, ummi pelakon, dan mami pelakon, tambang dan setiap proses sepanjang hari memastikan semuanya selamat di bawah tangan dan tanggungjawab saya. Memang benar, nak berjaya bukan mudah. Siapa nak buat sesuatu produksi yang tidak memberi $? Tapi bagi saya, ini adalah minat dan saya pasti dengan ilham dan sokongan alam yang memerhati, pastinya video ini bakal menempat hati di setiap negara, dan masyarakat yang menontonnya. Moga restu dipilih dan disiarkan di ASTRO-Mystory sempena hari kemerdekaan yang ke-53. Ahad, interview di radio 24 tapi belum saja berjumpa dengan mereka, ambil ujian bertulis ... gagal jawapannya. Tak sedih sekurangnya saya telah cipta.

Sebelah pihak lagi, manusia muda mula melihat dunia, memang tidak boleh dipersoalkan kerana saya juga pernah lalui pengalaman ini sewaktu sesusia dengannya. Memang mama nya benarkan saya menjaganya dengan satu izin dan restu, dan dengan satu matlamat nak lihat anaknya melihat dunia 'Explore the outside world' Mamanya memberi sepenuh kepercayaan kepadaku untuk dia mengikuti produksi yang 'entah jatuh dari langit mana' tiada arah angin yang berlebel. Memang sukar juga bila nak berunding dengan parents orang. Tapi, entah... ada sesuatu perasaan yang amat rapat dengan parentsnya yang membawa diriku agak lain dari manusia lain yang pernah kujumpa.

Bagi mereka, dunia dan dimensi berbeza merupakan satu perkara utama dalam membentuk masa depan, dan mencipta kedewasaan mereka. Walaupun seharian kami keluar, banyak yang saya lihat masyarakat memandang dia, memberi tanggapan. Adanya mat budaya memandang, mat gila, mat horny semua melihat dengan mata terajang. Sambil berani mereka bertanya "Awak ni melayu ker?" Mereka masih belum kenal siapa kita berdua ... kita berdua walaupun nampak biasa tapi kita pernah membuka dan jalani kursus menembak senjata M-16, apakan daya mereka nak menilai kita dari sudut luar? Memang dunia di KL ini begini, mereka saling menganggap manusia dan manusia tiada taraf dan nilai sebab diri mereka pun tiada nilainya. Jadi, memang sah mamanya takut dan ingin lepaskannya ke luar melihat bandar. Masa depan nanti, diharapkan jangan muda percaya dan lebih berani menghadapi dugaan dan tabahkan diri di setiap penjuru tembakan. Apa-apapun, saya masih tak dapat ramal apakah yang bakal dia melihat masa depan dalam menghadapi proses kedewasaan. Apa-apa pun, saya akan bersamanya memerhati alam dan memegang tangan bagai tiang yang tidak mudah tumbang di mata masyarakat.

Memang dunia ini sukar untuk dicipta dan sukar untuk berjaya, tapi dengan satu syarat USAHA itu harus ada dan semangat itu perlu minat. Dengan adanya ini, pasti kita satu saat nanti akan dinilai dan dipilih oleh mata masyarakat.
Dunia ini juga banyak seksaan, dan banyak keseragaman, dan terbaliknya dunia dalam setiap insan disisi kita.

Apa-apa pun, saya mencintai manusia yang lain dari manusia biasa. Bukan mudah disatukan jiwa ini, dan bukan senang membentuk kedewasaan kita nanti. Jadi tabah dan mari kita sama ditakdirkan sendiri dan pulang dengan cara berdiri.

Sudah tiba masa saya beredar, untuk mula kerja di Berjaya T.SQ kenny rogers yang memanjakan hidupku sepanjang bulan ini. Tak memandang lagi kerja lain yang sukar dapat, dan mudah pula nak pergi interview.

Sabtu, 2010 Julai 24

Lirik: MASA MENGERTI


Lirik: Masa Mengerti
oleh Nai Boon Mee Sararaks

Dinyanyikan oleh:

Diriku masih, tidak sempurna
mencari kekasih
Diriku masih meninggalkan saat
sempurna hidupku

Haruskah ini, kubiarkan ia lalu
ditemankan nostalgia
yang masih terikut-ikut
dalam bayangan seperti dulu

disini aku, mencari lapangan (Chorus)
untuk kumendaratdi atas kerjaya
kandatang lihatnya,
tiada petanda,
kandatang pergi
senyum kembali
melakar kansebuah siri.

Menungu, danme nungguimu
saat berlalu,
takter luangkan diriku,
hanya menunggu didalam ka maryang sepi,
menunggu hari,... saban pulang.

Pulangnya hariku, dida lamhati ini,
mengapa tak pernah ada yang memandang,
takdirnya sepi menantiwaktu nyasaja,
didalam kama ritu
terjawab masanya.

Takdir datang sendiri,
takdir pulang berdiri,
tak mungkin hilang di dalam hati,
kutahu kau bawanya pergi,
bila masanya nanti
kutahu kamu bawanya
kembali
di dalam hati yang berseri.

©Masa Mengerti-2010,24 Julai, 4.23am/Nai Boon Mee Sararaks

Khamis, 2010 Julai 22

PERLU KER??? SEMBAYANG JUMAAT TUTUP KEDAI SEMENTARA.




Baru tadi saya keluar untuk makan tengah hari, 1.30pm perut terasa nak makan nasi dengan ayam campur kuah campur kedai mamak Restoran Syed di Petaling Jaya, depan Stamford College. Apa yang terkejut, bila nak masuk kedai itu; terpapar notis'Restoron ditutup sementara untuk sembayang Jumaat'. Tapi yang Pelik tu di dalam ara family, keluarga Melayu dan beberapa couple yang sedang makan. Melayu pula tu. Couple tu ada datang haid / atau datang bulan ker? Tapi yang lelaki tu sedang minum air teh. Apa ni? Kain yang diikat di depan pintu masuk membuatkan saya rasa hairan, kenapa saya tidak boleh masuk sedangkan ada beberapa meja yang bermanusia? Lampu di dalam semua tutup. Saya kemudian mengambil langkah berani untuk masuk merangkat kain biru, entah papan tanda apa 'Motif'. Saya pun lihat mereka macam tak nak layan saya, saya pun minta pesanan order makanan.
"Encik, nak yang ni, makan."
pekerja lelaki di sana tidak lagi mengambil perhatian dan bercakap ngan perempuan bertudung, sekerjanya.
"Encik!" tegas saya.
"Ya?"ujarnya
"Nak ayam ni dan nasi kuah campur"
"Tak, Tak boleh, sekarang time sembayang Jumaat"
"Sembayang Jumaat? Apa kena mengena dengan nak order makan?"
"Tarak, tarak, kami tarak jual."
"habis tu yang dok makan ni apa hal pula?"
"depa lain"
"Apa yang lain?"
"Tarak tarak, keluar keluar, kami tak jual. Tunggu lepas sembayang"
Saya pun dalam keadaan yang lapar sangat membuatkan saya terasa nak membara depan mereka. Apa yang saya buat, saya kebetulan membawa kamera, terus saya mengambil beberapa gambar di lokasi. Apa sebenarnya motif nak tutup kedai dan beri hormat kepada sembayang? Ini bukan masjid atau surau okie! Ini kedai makan! Kedai makan kamu itu bukan jenis satu bangsa jer yang datang makan ok. BUKAN MELAYU DAN BUKAN ISLAM SAHAJA yang makan ok. Tapim cina, bangla, china, india, dusun, kadazan, dan saya siam makan juga. Jadi apa yang berlaku zaman 2010 ini memang tidak patut, mereka menganggap Islam itu satu agama yang sangat ditonjolkan tetapi dalam diri mereka bukannya islam pun.Dah lah beberapa melayu yang masuk duduk makan, kita yang nak beli tak dapat pula.
"Awak islam pun tak tau?"
"Saya bukan melayu" saya berbalas.
"Tarak, tarak, keluar keluar, Jangan nak tipu"

PERKARA INI sudah berlaku saban tahun dan saya sudah jijik dengan perkara ini. Berulang-ulang, rasanya ISLAM tu macam dah menunjuk-nunjuk dan dipublisiti depan masyarakat di dalam Malaysia. Kenapa saya kata begitu? Kalau lah kita ini Islam yang murni, kita tahu adat dan kewajiban kita time nak sembayang, kita tak makan, time nak puasa kita tak masuk kedai makan, tima nak solat kita tahu masa, tapi BUKAN DENGAN CARA SEBEGINI di kedai pun nak tonjolkan kepada semua masyarakat BUKAN ISLAM time sembayang dan nak tutup kedai sementara, HABIS tu kalau yang bukan islam nak kejar masa nak beli makanan? Apa nak buat? Tak nak jual? Tak nak biznez? Inilah satu tindakan perniagaan BODOH.

SAYA BUKANNYA nak jatuhkan islam tapi cuma nak menyampaikan satu perlakuan yang amat bodoh sehingga memaparkan kepada rakyat time Melayu nak sembayang jumaat, tak boleh masuk makan. KALAU LAH KAMU INI MELAYU, USAHLAH NAK GEDIK NAK MASUK JUGA MAKAN, DAH LAH NAFSU SEX TAK LEH CONTROL INI NAFSU MAKAN PUN NAK MANJAKAN PERUT? kita tahulah kita kalau islam, tanggungjawab kita. Kalau nak makan juga, hilanglah pahala, dosa jadinya. Jadi tak perlu nak tanya "Awak ni melayu ker? kenapa makan? Tak sembayang jumaat ker? Semua ni satu tindakan dan perbualan yang BODOH sesama bangsa, nasib saya baik kerana saya bukan dalam bangsa melayu islam. Sudah lama saya memerhati, agama hindu, buddha, kristian, dan agama lain, turut juga tinggal serumah dengan penyewa agama kristian, TIDAK PUN MEREKA kata hari ini hari ahad, hari kita nak berdamai, dan hari kita sembayang. TAK ADA pun sepatah.

RASANYA, sudah tiba masanya saya menakluk dunia dengan sepatah kata, KITA MENJADI ISLAM BUKAN KERANA NAK TONJOLKAN DIRI KITA INI ISLAM, tapi perlakuan kita sebagai islam itu yang patut dihargai, disyukuri. SAYA PERNAH dengar dari seorang sahabat saya, bila yang bukan islam itu dapat hidayah dan menganuti agama islam, maka dialah akan lebih suci dan lebih baik dari semua kalangan yang islam. Jadi, sama ada Islam auatu tidak... tiada sebarang agama pun yang menyuruh kita lalukan perkara buruk kepada masyarakat, alam dan manusia, dan haiwan. Tiada dan tiada satu pun beraura negatif. JADI tak perlulah nak tonjol agama semata-mata nak orang tahu time makan itu time sembayang. Kita ada hati, ada mata, dari mata kita melihat sampailah ke hati kita berbicara, kalau dah tak mampu nak halang, gunalah otak untuk berfikir INIKAH PERBUATAN MEREKA?

Sebenarnya, menjadi islam pun tak perlu nak diberitahu kepada semua manusia yang AKU SUDAH JADI ISLAM, dalam menganuti sebarang agama pun ia datang dari hati yang rela, jiwa yang terbuka dan bukannya publisiti yang terpapar di depan mata.
Di bawah ni lah antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan.

AKhir sekali, saya bukan memihak mana-mana agama, dan bangsa tetapi cuma berdiri sebagai rakyat melihat perlakuan 'mereka' seolah-olah memberi satu pemalsuan sivik kepada dunia manusia. Saya juga bukan berdiri dalam agama sendiri, tetapi saya juga berdiri di depan agama lain melihat kemurniaan dan cahaya. Saya melihat semua perkara yang wujud, tapi mereka menenggelamkan dengan satu perkara iaitu 'Jiwa yang menipu diri' itulah sebab mereka sempat bertanya
"Awak ni islam kan?"


____________Saya tahu saya bangsa siam, wajah nampak macam melayu, tapi masing-masing ada jiwa yang menipu agama sendiri dan ada juga yang tahu agamanya--- buat apa nak tanya kan??? _____________

Rabu, 2010 Julai 21

DUNIA HAIRAN TAK BEDAH


Kenapa Bunga Raya? dan Kenapa Dunia Hairan?

Orang kata kalau nak bedah sesuatu kita mesti mengucap dulu. Tapi dalam 'Dunia Hairan' mereka hanya mengata dari satu individu baik dalam diam, atau pun baik manusia lain tidak memahami cuma dirinya yang tahu. Tiba-tiba dalam duniaku ini menerima seorang kawan dikatakan sebati jiwa, dan tetiba pula dia yang memusuhi kita? Apa sebenarnya diri mereka ini yang tak terkata? Mungkin diri kita kurang meluangkan masa kepada mereka? Itulah sahabat palsu, kalau hendakkan sahabat sejati, tidak perlu bertemankan sehingga makan pun kena lapor diri, dan nak berak pun kena sms. * * *

SESUDAH sepurnama dari tamat pengajian, masih tidak bekerjaya. Dunia seni tidak bersemi andai tidak mencari, sehingga ini hari banyak resume sudah terlepas dari neraka mencari syurga. Semua diam tidak membuka pintu kota, cuma ntv7 membuka Pintu Gerbang pertama, di depan ada lagi sebuah pintu yang nak dibuka dengan pemberian kunci kepada diriku membukanya sendiri. Itupun belum lagi terima panggilan yang temuduga seminggu lalu dapat atau tidak. Tapi semua sudah bersedia, berpindah sarang manusia ke sarang lebah, sebab tempat itu madu namanya kerana setiap bulan akan saja dapat madu dari sarang lebah yang besar. Apa-apa pun persediaan sehingga hujung bulan 7 ini, berpindah bilik sewa ke Bandar Utama, semata-mata persediaan awal kononnya temuduga itu sudah berjaya dalam jiwa yang terbuka menerima mereka. Tapi kalau tak dapat? apa nak buat? emmm... habis sewa-sewa. Itupun kalau dapat, tak ada sewa tempatnya,,, mesti sukar lagi nak cari dan perjalanan jauh dari bandar. Jadi persediaan awal, dan risiko sudi dibicara dalam hati yang tenang.
* * *
Itulah dunia remaja yang masih tidak mengerti kehidupan dan 'MASA' dalam seharian. Kita yang sesudah melangkah era dewasa, dan hidup mencari dan membina kerjaya; bukannya kerjaya mainan tetapi kerjaya seumur usia. Pernah kudengar, "Saya kerja kat Mcd lah, best lah kerjaya tu, i nak jadi supervisor, Itulah kerja I." sebenarnya itu hanya kerja melepasi masa terluang tak terkata. Dalam diriku ini, ku hidup sunyi tak berteman dan walaupun diteman, bukan manusia namanya, tetapi aura yang menemaniku. Mencari kerja, hidup di kota Kuala Lumpur, sudi membantu kedai makan sebelah malam cuci pinggan semata-mata nak dapatkan sedit wang. Biasalah, sedikit pun bagi diriku ini, dah mampu menutup sehari dua perjalanan suria. Mereka yang masih muda, tidak mengerti derita dan hanya bertemankan periuk mama yang terbelah 3. Kita yang sudah dewasa, membina dan mencari periuk yang ditendang kiri pergi kiri, ditendang kanan pergi kanan, dan adakala ditendang entah ke mana sehingga dunia menjadi terapun menunggu Sang Pari-Pari jatuh ke riba membantu memulihkan keadaan yang tak menentu kata.

Lagi-lagi Cinta Monyet mereka, berusia <20 tahun... ada yang masih nak selalu sms sms sms sehingga mahu kentut pun, kena sms, bau kentut apa pun kena sms. Kalau sehari dua tak sms, katanya tak suka, sombong, bencilah, tulah nilah dan mengata-kata bersama teman di taman seusia minda. Kutahu diri di seberang ini membaca setiap kata, dan diriku tak pernah menduga dirimu membuat sesuatu yang jauh dari pandangan mata. Inikah balasan kalau sehari dua, seminggu dua berdiam sepi? Hidup aku bukan mewah, dalam 24 jam adakala ingin meminta daripada Sang Pari-Pari masa menghulurkan lebihan masa untuk tiduranku. Tapi tak mengizinkan, terpaksa juga bangun mencari rezeki di dua buah kota yang berbeza budaya. Dirimu hanya satu dunia yang belum keluar melihat dunia, di sini dunia aku sudah makin kiamat, itupun didatangkan seorang musuh yang pelik tetiba singgah. Ku menghulurkan bantuan, kerana inginmu mengerti dunia kreatif, bukan untuk melebihi publisiti diriku yang sudah sempurna. Cumanya, satu yang membuatkan dirimu menganggap duniaku inginkan lebihan mata? Diriku sesudah mencukupi mata, tidak diperlukan mata jadian dunia. Itupun, perasaan dirimu diseberang yang terasa aku bukan 'kawan' baik 'sahabat' mungkin diriku hanya satu persinggahan dwidunia kepada Sang Pari-Pari masa. Apa nak kata, tak terkata sebab aku tidak bersalah satu perkara kerana ku sudah memiliki jalan dunia, cuma tidak ingin diri kamu yang terlanjur titian bandar. Apa yang kamu fikirkan tentang dunia ini, terpulanglah kerana kutahu ku bukan jenis yang diri seberang sangka, tiada masa untuk meluangkan kepada mereka yang beregoisif dan memburuk kata, dan memburuk sangka depan manusia dan belakang orang.

"ITULAH KATA: Takdir itu datang sendiri dan pulang berdiri"
-Perasaan takut, cemburu, buruk sangka, Gosip belakang, buangkan saja ke laut samudera kerana ia parah menjadi barah.
-Perasaan cinta dan sayang letakkan ditepi kamar, kerana bila anda inginkannya bila-bila boleh memeluknya.
-Perasaan sayang dan cinta bukan mainan sms dan kata, tapi perlakuan dunia. Andai ku sms I rindu u, I fikir u, itu hanya kata-kata, di mana aksinya? emm.. aksi bukan nafsu berbicara, tetapi perjalanan seusia membicara.
"Kumembina kerjaya bukan kerana menyepikan diri seberang dunia, cuma masa itu bisu sementara. Dan hidupku mencari rm1 pun sukar untuk dikira. Mencuci jijikan dunia manusia setelah mengusap perut, itulah kerja mulia. Sedangkan di sana mengata kiri dan kanan bagaikan M-16 yang dipincu 'Auto'. TAK SUKA TAK SUKA DAN MEMBENCI sikap ini, berubahlah kalau sempat, kalau tidak sanggup menjadi pedoman hidup, abaikan saja dan tunggu masa membuktikan anda sesudah menangis rupa, berdarah hilang sekali tewas, dan tersimpul dalam dunia persulitan aroma.

Sabtu, 2010 Julai 17

AWAN TERAP'O'NG

AWAN TERAP'O'NG menjadi tubuh susuk diriku dalam beberapa hari ini, hidup yang memerlukan angin menunjuk arah, dan penggerak destinasi. Soal kerjaya dan kelulusan dari ASWARA sebenarnya tidak dipandang ketika diminta kerja. Apa yang dipandang ialah pengalaman. Kelulusan hal no.2. 2 hari lalu, saya hadir temuduga di ntv7, 3 warga ntv7 menemuduga saya. Apa yang ditanya, jawab saja, apa yang tak mampu nak jawab jangan diam, jawab juga kata saya tak pasti mungkin diberi peluang saya akan mencari... gitu-gitu lah ya...jalannye. Sebenarnya, 1st time interview di company yang besar-besar dan bukan kroni yang intro. Dulu kerja bank, kroni yang intro...boleh jer terlepas tekanan temuduga sebab kroni juga manager. Sekarang semua sendiri, agak gementar dan kaku sementara. Hilang fikiran adakala memeluk jiwa yang sebelum ini tak hilang akal. Melihat mereka 6 biji mata memandang ke arah 2 biji mata, bertapa tenang nak hadapi cabaran ini. Semua agak lancar, bila sampai soalan 'siapakah T.P.M kita? emm emm... terus hilang akal.. jawab saya tak tahu. emm emm emm.. semua terkaku, TAK TAU? tapi apa apa pun saya lalui juga cabaran ini. seminggu lagi akan tahu keputusan kerja ini. Kata mereka, saya layak dan boleh memegang jawatan itu... cuma saya gementar di peringkat pertama. Entah, sebelum ni saya tak gementar pun bila berhadapan dengan manusia, semasa kerja partime sales, bank card sales, dan interview orang sebagai citizen journalist di malaysiakini. Emm.. maybe ini hanya satu kejutan budaya buat diri saya, lepas ni kalau dah pegang jawatan itu... saya tak akan mudah lepaskan, saya akan berdiri dan hadapi semua rintangan berita di dalam dan luar negara. Doakan selamat restu padaku.

Apa-apa pun beberapa hari ni, sejak hari perkahwinan abang pertama saya, dunia semakin sepi dan melihat masa berjalan, bukan saya mencari masa, tapi saya yang menunggu senja. Hidup di bilik.. tidur, makan, online, baca, jalan-jalan di taman dan kemudian makan dan tidur menunggu subuh. Sebab, masih tak dapat kerja lagi. Sementara ini nak cari sewa bilik berdekatan 1Utama, dan Bandar Utama sebab saya jenis manusia yang mementingkan kesihatan tidur... kalau terlalu letih pulang kerja, saya perlu tidur yang cukup. Tak nak bangun awal, kelam kelam menunggu bas.... dan apa yang tidak suka ialah menunggu bas yang tak menjelma.. lebih baik $ bas untuk sebulan saya labur dalam sewa bilik dekat area tv3, tak perlu nak naik transpot... jalan kaki sampai tempat kerja... nak tidur kat ofis pun boleh.. tak perlu risau tak ada tempat nak berteduh... itulah yang saya mampu fikir... tapi masih tak jumpa-jumpa petunjuk anginnya. Manalah angin itu, dan manalah kapal itu? Saya hanyalah layar yang menunngu harapan kehidupan. Maklumlah nanti minggu depan, dapat call dari ntv7 dan boleh start kerja.. itupun biar saya pindah dulu dan just in time.

Menunggu menungu dan menunggu.

Ahad, 2010 Julai 11

Ini hari, hari kelahiran baharu. Rasanya diriku wajar menghujah kata semoga pasangan ini bahagia. Mampu lihat dan mampu berbicara sementara masih ada nafas tercinta. Dunia ini bukan hidup kerana cinta, tetapi mencari erti penyatuan jiwa. Andai jiwa itu sesuai di depan mata, pasangkan dengan satu soket bahasa yang membuatkan sejajar minda memahami erti penyatuan jiwa. Duhai manusia, hidup bukan sahaja untuk berkahwin tetapi mencari erti keduniaan manusiawi. Pemanasan global dan pencemaran, tidak kan kita pasti anak-anak kelahiran alam tercinta 'Manusia Baharu' berkata
"kenapa lahirkan saya di tempat sebegini?"
Nak jawab macam mana? Sempena Hari perkahwinan Abang pertama saya, saya lafazkan puisi dunia, berkonsepkan penyatuan negara bah kata jiwa tak menyelam, cuma kapal yang terapung, air yang sedia ada, menunggu masa ia datang.

MEMORIMA NUSIACITA'T

Gerimis cinta, membingkai sebuah harapan bangsa,
menyatukan dua keluarga dari berbeza negara,
satu di utara, dan satu di Indonesia
ketemu juga di sebuah kota milik
Ibu Negara, Kuala Lumpur namanya.

Gerimis cinta, melakar seanterio ceritera
yang melukis zaman jajahan dunia,
kini bertepak di permodenan asia,
membentuk nama harapan keluarga,
titipan sayang 'I LOVE YOU' dan restu 'Chang Rak De' dua jiwa,
yang disatukan seperti pari-pari cinta.


Duhai manusia, 'Syuhada' tuhan melestarikan
senyuman dua kisah, dua bangsa, nama dan
paksian ilmu keluarga sejak turun temurun membentuk cincin keluarga,
Siam dari utara, lahir anak bangsa Malaysia
bertanahkan Pulau Mutiara, Pulau Pinang,
dan Cina dari Indonesia, lahir anak Indonesia ke
Malaysia merestui peranakan 1Malaysia.


Inilah kisah dua darah yang tiada tumpahnya,
inilah dunia manusia yang lahir kerana cinta,
cinta yang restu kerana generasi manusia,
manusia baharu memegang jiwa dalam mimpi yang buta,
Anak bangsa Malaysia,
berjiwa Indonesia dan direstui
paksian ilmu Utara bertitikan landasan
dan fasa-fasa sebuah kisah
mencoretkan kata-kata persefahaman
duniawi cinta,
'lahir bukan kerana cinta tetapi
lahir kerana penyatuan jiwa',
menulis nama bangsa di atas kajang
jiwa yang berhati manusia,
insan 'wa
Nai Boonsong Sararaks
insan 'wi
Lisa Kho.

Puisi Hadiah Pemberian khas oleh,
S.Tuahada Sempena Hari Perkahwinan 'Udara'
11 Juli 2010
"Mengembara dunia
disebuah rumah yang tiada pintu ke
sebuah mimpi tak ternyala kamar".

GAMBAR KOLEKSI S.TUAHADA

Bersama artis Amy Mastura di RedBox Ria Sogo, Kuala Lumpur sempena ulang tahun Suria Fm 2008.

Bersama artis Amy Mastura di RedBox Ria Sogo, Kuala Lumpur sempena ulang tahun Suria Fm 2008.
Amy Mastura

High School Musical at Bukit Jalil 2008.

High School Musical at Bukit Jalil 2008.
High School Musical

S.Tuahada bersama Jenglot dalam Filem Seram Gentayangan. Pengambaran di Muar.

S.Tuahada bersama Jenglot dalam Filem Seram Gentayangan. Pengambaran di Muar.

M.F Kencana Bersama Jenglot Filem Gentayangan.

M.F Kencana Bersama Jenglot Filem Gentayangan.

Bersama Pn.Nisah di dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Bersama Pn.Nisah di dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

BERSAMA ARTIS DI RTM RADIO

BERSAMA ARTIS DI RTM RADIO

Dalam seratus tahun kita bercinta, namun kekurangan cinta tetap dihina. Mampukah Malaysia lenyap dengan kekuatan asap rokok? Marilah kita renung bersama.

SULAMAN WAJAH PADA MATA.

SULAMAN WAJAH PADA MATA.

Recent Comments